@Pancing November 2020 | Page 39

Ramai pemancing mengatakan pancing layang adalah yang paling sukar sekali untuk mendapatkan ikan . Ia mungkin juga benar kerana saya ada beberapa orang rakan yang mencuba dan pengakhirannya … mereka kembali kepada pancingan gewang atau dasar !
“ Evolusinya masih berjalan , kita masih banyak lagi belajar . Sebab itulah lebih banyak buku ditulis tentang pancing layang berbanding buku-buku tentang kaedah memancing yang lainnya .”

@ Dunia Kelah

Pancing Layang Mahseer

Ramai pemancing mengatakan pancing layang adalah yang paling sukar sekali untuk mendapatkan ikan . Ia mungkin juga benar kerana saya ada beberapa orang rakan yang mencuba dan pengakhirannya … mereka kembali kepada pancingan gewang atau dasar !

Pastinya banyak perkara teknikal

yang perlu dipelajari . Anda perlu belajar untuk melayangkan tali , bila pandai sahaja , baru anda sedar jarak layangan juga tertakluk kepada panjang tali layang yang rata-ratanya hanya 30 meter sahaja . Tambahan lagi ruangan untuk layangan di belakang ( back cast ) yang juga terhad !
Jikalau anda rasa itu masih belum menyusahkan , bayangkan pula anda perlu belajar makanan semulajadi ikan , segala macam makhluk kecil di dalam air , di sebalik batu dan di tepi tebing sungai , seperti , udang , nymph , cacing , ulat dan pelbagai jenis serangga dan bagaimana mengikat umpan layang supaya mimik makanan ikan yang menjadi target anda .
Akhirnya anda juga perlu belajar bagaimana untuk mempersembahkan umpan tanpa membuat ikan menjadi culas dan apabila ia makan sahaja umpan , bagaimana pula untuk memainkan dan mendaratkan ikan tersebut dengan joran yang lembut dan perambut ( tippet ) yang halus .
Ya , ia sememangnya menyukarkan , namun itulah poinnya . Jika anda tidak suka akan cabaran , baik beli ikan di pasar sahaja !
SEJARAH
Satu ketika dahulu , ramai pemancing Malaysia tidak percaya bahawa ikan kita sudi akan umpan pancing layang . Pada pendapat mereka , pancing layang hanya sesuai untuk spesies ikan luar negara seperti Salmon dan Trout . Namun mereka lupa bahawa nelayan traditional kita sejak dari dahulu lagi menangkap Tenggiri dan Aya menggunakan umpan yang diperbuat daripada bulu ayam putih !
Pada masa yang sama lebih kurang 20 tahun dahulu , kebanyakan pemancing Kelah ( termasuklah saya sendiri ), merasakan ikan Kelah kita tidak akan mengambil umpan layang . Manakan tidak , nak membuatkan ia menghentam gewang pun sudah cukup payah !
BERJAYA
Kemudian ada seorang pemancing berjaya mendaratkan Kelah menggunakan pancing layang di Terengganu dengan umpan layang menyerupai katak , beliau tidak mahu menunjukkan bagaimana rupa sebenar umpan tersebut . Jadi berita kejayaan beliau kedengaran sedikit meragukan .
Namun , berita tersebut telah menjadi satu anjakan apabila ramai mula berfikir secara mendalam – mungkin juga pancing layang boleh berjaya untuk kelah . Jadi perlu ada sedikit kajian diet semulajadi Kelah dan bagaimana mengikat umpan menyerupainya .
EVOLUSI
Dari anjakan itu , perlahan-lahan ramai pemancing mencuba pancing layang untuk spesies Mahseer seperti Tengas , Kejor , Pelian dan Kelah di dalam dan luar negara . Ada yang gagal dan ada yang berjaya . Evolusinya masih berjalan , kita masih banyak lagi belajar . Sebab itulah lebih banyak buku ditulis tentang pancing layang berbanding buku-buku tentang kaedah memancing yang lainnya .
Saya telah memancing spesies Mahseer ini bertahun-tahun di banyak sungai , baik di dalam dan di luar negara dan saya dapati tidak ada pendekatan yang standard untuk umpan layang bagi setiap spesies Mahseer .
Kelah di Semenanjung berbeza dengan Pelian di Sabah mahupun Empurau di Sarawak dari segi habitat , perangai dan dietnya . Anda perlu belajar dan guna umpan layang yang sangat khusus untuk setiap darinya . Contohnya seperti kes-kes berikut :
PELIAN SABAH
Saya kerap ke sungai-sungai di Kiulu bersama guide , Rushdi Lusi . Kadang kala kami juga menjadi guide kepada pemancing layang yang lain , jadi pengetahuan yang kami dapat adalah boleh tahan juga .
Sungai pergunungan di Sabah ini hampir kesemuanya di bawah sistem Tagal , jadi sesetengah lokasi ikannya adalah separuh liar kerana diberi makanan seperti pellet , roti dan lain-lain serta sudah pastinya makanan semulajadi seperti belalang , ulat dan nymph . Jadi antara umpan layang saya yang sukses adalah stonefly nymph warna gelap dengan bead head warna gold , copper atau rainbow , grub warna beige dan hopper warna beige atau lime green .
Di sepanjang Sungai Tuaran dan Ruminding pula ada pokok Ara . Buahnya kecil sedikit dari di Semenanjung , diameter lebih kurang 20mm . Umpan layang yang saya ikat menggunakan bulu rusa atau foam EVA warna oren menyerupai buah ini sangat menjadi di sini .
Saya melayangkan umpan ini di bawah pokok Ara , kemudian sentap tali layang supaya
Aznir Malik aznir107 @ gmail . com
“ Evolusinya masih berjalan , kita masih banyak lagi belajar . Sebab itulah lebih banyak buku ditulis tentang pancing layang berbanding buku-buku tentang kaedah memancing yang lainnya .”
Penting mengikat umpan supaya menyerupai diet Mahseer .
Kepuasan apabila dapat Mahseer dengan pancing layang . ia menghasilkan bunyi “ plop ” dan kemudian biarkan ia hanyut mengikut arus . Pelian di sana benar-benar menyukainya !
Pada masa yang sama , saya jumpa dragonfly nymph di Sungai Tuaran . Saiznya besar , lebih kurang saiz mata kail # 2 . Cubalah anda ikat umpan paten dragonfly nymph warna coklat atau kelabu dan hanyutkan di lubuk yang perlahan aliran airnya .
Di Sungai Mantaranau pula , umpan layang kegemaran saya adalah popper kecil warna oren kemerahan dengan ekor dari bulu rusa warna merah .
KELAH SEMENANJUNG
Kelah di Semenanjung pula paling sukar digoda dengan pancing layang . Ia sangat fokus kepada diet vegetarian dan buah-buahan seperti lumut di batu , buah Ara , Maris , Neram , Jambu , Mata Lembu dan sebagainya . Namun ia masih lagi boleh dipancing menggunakan cacing , cengkerik , belalang dan ikan kecil .
Jika anda boleh mengikat bentuk buahbuahan tadi dan guna semasa musim buah tersebut atau cuba umpan layang berbentuk cacing , belalang warna coklat atau olive dan streamer kecil , mungkin anda boleh berjaya
Sekali lagi saya perlu tekankan untuk belajar tentang perangai Kelah di sungai yang menjadi target anda . Kelah di Sungai Kenian atau Tahan mungkin tidak sama perangainya dengan Kelah di Hulu Belum !
KELAH KALIMANTAN
Kelah di sini sangat berbeza dengan lokasilokasi lain , saiznya kasar sekali ( 4 ke 7kg adalah saiz biasa-biasa sahaja !), dan ia memburu ikan-ikan kecil sama seperti Sebarau !
Pemancing tempatan mengunakan umpan ketam sungai yang besar untuknya . Namun ia juga makan buah Ara , jadi umpan layang menyerupai buah Ara yang sedikit besar , diameter dalam 30mm dan dipersembahkan seperti di Sungai Tuaran mungkin menjadi .
Popper warna oren kemerahan juga laku dan alternatifnya anda boleh guna deep streamer ( Clouser Minnow , heavy Deceiver dan Gusto ) dan Wooly Bugger . Cuba dulu warna kombinasi oren / hitam , selepas itu baru bertukar ke warna-warna lain .
MAHDSEER THAI
Secara teknikal , Mahseer Thai , Lissocheilus stracheyii bukanlah Kelah , tetapi lebih kepada Tengas . Saya sekarang menjadi pengunjung tetap ke Taman Negara Khlong Saeng di Tasik Cheowlarn Thailand .
Umpan layang kegemaran saya di sini ialah foam hopper pelbagai warna terutamanya hijau dan beige . Kami juga dapati paten hopper sangat laku ketika hari panas , tetapi tidak laku jika suasana mendung . Jadi saya bertukar teknik kepada “ hopper-dropper rig ”, iaitu satu hopper besar ( saiz 6 ) dengan satu nymph ( saiz 12 ) diikat di belakangnya .
Hopper membuat bunyi bising untuk menarik perhatian ikan yang akan membaham nymph di belakangnya . Teknik ini sungguh berkesan hinggakan saya gunakan di semua sungai di sana !
Saya berharap anda mendapat idea yang umum tentang pancing layang Mahseer dan boleh gunakan untuk mencari Mahseer anda pula . Namun ia bukanlah perkara yang enteng . Paling penting sekali belajar dan belajar lagi . Gunalah guide tempatan , ia dapat memendekkan sedikit proses pembelajaran anda ! — @ Pancing
@ pancing • November 2020 • 39