@Pancing November 2020 | Page 38

“ Joran yang panjang dan bersifat aksi pantas ( fast action ) perlu digunakan bagi membolehkan gewang dilontar jauh dan meningkatkan peratus tancapan mata kail selain penting bagi mengawal larian ikan .”
“ Joran yang panjang dan bersifat aksi pantas ( fast action ) perlu digunakan bagi membolehkan gewang dilontar jauh dan meningkatkan peratus tancapan mata kail selain penting bagi mengawal larian ikan .”
Anak Alu-Alu banyak mengacau gewang yang dilontar , namun amat susah untuk lekat spesies ini .
Lontaran gewang perlu ke pelbagai arah bagi mencari lokasi sang GT mengendap , dan akhirnya ikan ini menyambar gewang di kawasan tubir agak jauh dari pulau .
RAGUTAN BERTALU
Pada sebelah petang , saya pergi lokasi dimana saya sering mendaratkan GT sebelum ini . Jangkaan saya tepat apabila lontaran pertama gewang disambut dengan larian ganas dan gagal dikekang sehingga shock leader 50lb berjaya diputuskan akibat terkena batu karang .
Melihat keadaan itu , pemancing yang lainnya terus melontar gewang menghala ke pulau dan terus membuat karauan laju . Rancak ragutan dari GT sehingga kami menerima beberapa kali strike bertalu-talu .
Tenggiri yang cacat mulutnya !
Huru hara apabila berlaku ‘ double hook-up ’ memaksa untuk menangguk 2 ekor ikan GT sekaligus
Pak Wan membuka tirai dengan hasil tangkapan ikan Kerapu Pisang . Untuk menduga spesies ini , gewang perlu dilontar ke kawasan berpasir tepian batuan pulau sebelum dibiarkan beberapa detik sebelum dikarau sederhana laju .
Abang Amir dengan Kerapu Bakau hasil kepantasan beliau membilas dengan lontaran gewang selaman sejurus ikan ini tersasar apabila menyambar popper rakannya .
SANGKUT
Kejadian gewang tersangkut di batu karang memang kerap berlaku , perlu untuk pemancing mengagak kiraan selaman gewang sebelum ia sampai ke dasar . Kebiasaannya saya akan meminta mereka buat kiraan 3 hingga 5 saat sebelum mulakan karauan .
Jika tersangkut , jangan risau kerana bot boleh menghalakan haluan ke atas kawasan sangkut dan melepaskan gewang tersebut . Di sini perlunya penggunaan perambut dan tali utama yang kuat dan kasar .
KESIMPULAN
Kepulauan Penyabong sememangnya antara lokasi wajib untuk anda menguji kepelbagaian teknik memancing , antaranya adalah teknik mengilat yang sudah terkenal sejak lama dahulu . Kepulauan yang cantik tidak jemu mata memandang serta ikan yang boleh dikatakan sentiasa ada menyebabkan masih peningkatan kehadiran pemancing saban tahun .
Perairan Penyabong juga merupakan R & R bagi pelbagai jenis ikan dari keluarga Trevally seperti Ebek , Sagai , Gerong Belang dan pelbagai spesies lagi . — @ Pancing
Pertanyaan : PONDOK PENYABONG BOAT SERVICES 012-797 1083
38 • November 2020 • @ pancing