@Pancing November 2020 | Page 35

UMPAN UNIVERSAL KINI & SELAMANYA

@ Estuari

IBRAHIM JUSOH ( ibrahimjus76 @ gmail . com )

Udang Hidup

UMPAN UNIVERSAL KINI & SELAMANYA

Ramai pemancing laut , muara dan kolam air masin bermula dengan umpan udang hidup . Biarpun bertukar ke teknik yang lebih canggih , sekali-sekala berbalik menggunakan umpan yang satu ini , seronok juga bukan ?

Siakap Merah pengubat rindu saya .

Saya memancing di sungai di belakang Sekolah Kebangsaan Panji , Kota Bharu Kelantan . Lokasi ini cantik dengan struktur tebing sungainya terdapat pokok kayu tumbang , manakala di sebelahnya pula terdapat beberapa buah sangkar ikan .

UMPAN
Untuk mendapatkan udang hidup sekarang tidaklah susah . Kalau dahulu kami terpaksa meredah sungai separas lutut menggunakan pelita kabait semata-mata untuk menyauk udang . Penggunaan jala lebih mudah , tetapi risiko ia tersangkut pada dasar sungai pula menjadi masalah .
Sebaik bekalan udang hidup dibeli kami terus ke lokasi . Tidak perlu menunggu lama , udang hidup yang dihulurkan Muiz terus direntap . Joran disentap dan diangkat tinggi untuk mengelakkan ikan lari ke struktur . Akhirnya seekor ikan Tanda terkulai layu di tebing .
Sibuk menguruskan ikan tersebut , joran saya yang diselit pada pokok Nipah membengkok hujungnya . Tali pula mula menghala ke arah tebing sungai yang mempunyai pokok kayu di dalamnya . Akhirnya ikan berjaya membelitkan dirinya pada reba tersebut . Nampaknya tiada rezeki .
Saya mencuba lagi , umpan dilontar ke tempat yang sama . Seperti apa yang dibayangkan , ikan terus membahamnya . Kali ini ikan berjaya dikawal , seekor Siakap Merah kecil menjadi habuan .
Selepas itu keadaan menjadi sunyi tanpa sentuhan dari ikan . Kami meneruskan juga pancingan hingga ke petang . Apa yang kami dapat hanyalah beberapa ekor ikan Buntal . Memandangkan sayang pada udang hidup yang ada , kami mengambil keputusan pulang dan akan kembali lagi di sebelah malam .
Struktur bereba yang cantik .
memancing . Mujurlah tuan empunya sangkar mengajak naik ke atas sangkarnya . Umpan terus dilabuhkan , namun begitu nasib tidak juga menyebelahi kami . Hanya ikan-ikan kecil sahaja yang sudi membahamnya . Keadaan menyebabkan kami tidur sahaja akibat keletihan memancing sepanjang siang .
Kira-kira jam 4 pagi air mula bergerak perlahan , menandakan air mula pasang . Sehubungan dengan itu dentuman ikan mulai berbunyi dari dalam sangkar . Nampaknya inilah peluang kami . Umpan baru terus dipasang dan dihulurkan di celah-celah sangkar dengan harapan adalah yang sudi membahamnya .
Umpan Muiz terus disahut , namun ikan terus menekan hingga membuatkan perambut 20lb beliau putus bergeser dengan sangkar . Hanya Hasrul seorang sahaja berjaya menaikkan Siakap Putih remaja , dan ia merupakan tangkapan terakhir kami sebelum pulang sebaik sahaja solat Subuh . — @ Pancing
Bekas umpan dengan pam oksigen , gadjet utama jika mengunakan umpan udang hidup .
Siakap Putih ‘ last kopek ’ sebelum pulang .
MALAM
Selepas solat Isyak , kami sekali lagi ke lokasi yang sama . Keadaan gelap menyukarkan kami
Pertanyaan Udang Hidup : ABANG YIE 019-9228687 / WhatsApp 017-9178688
Tangkapan pertama seekor ikan Tanda .
@ pancing • November 2020 • 35