@Pancing November 2020 | Page 33

Melayan asakan Tenggiri yang padu .
Sekali sekala layan light jigging . Kena 2 ekor ikan pada satu jig !
CUACA & ARUS
Keadaan cuaca pada hari pertama tidak menyebelahi . Cuaca agak mendung sepanjang hari dan ini membuatkan ikan Tenggiri kurang aktif , hasil tangkapan pada hari pertama agak menghampakan .
Pada hari kedua dan ketiga , matahari mula menunjukkan sinar di sepanjang hari dan ini membuatkan ikan Tenggiri lebih aktif dan ini telah terbukti apabila pada hari kedua , kami dapat menaikkan 14 ekor Tenggiri dan pada hari ketiga pula 15 ekor lagi memenuhkan peti penyejuk kami !
Sebenarnya untuk trip ini kami memilih tarikh mengikut kalendar Hijrah dengan keadaan air agak berarus dan biasanya keadaan sebegitu membuatkan ikan agak aktif . Sebaliknya pula , kondisi air sepanjang trip kami tidak menentu , pada sebelah pagi air agak laju , tetapi pada sebelah petang air mula perlahan sedikit tetapi masih ada arus . Trip kali ini ikan banyak makan pada sebelah petang .
LOKASI
Tekong kami merupakan adik beradik iaitu Engku Khairil Anuar dan Engku Khairul Anuar , mereka ini sangat rajin untuk menukar lokasi memancing . Kami anggarkan lebih kurang 15 lokasi akan dicuba setiap hari . Lokasi memancing pula tidak jauh dari pulau , lebih kurang 15 minit perjalanan menaiki bot . Kedalaman air di sini lebih kurang 40-60 m .
Di perairan Terengganu , terdapat banyak unjam . Semua unjam-unjam ini boleh dicuba untuk mencari Tenggiri , tetapi pastikan anda membawa banyak stok jig kerana potensi sangkut di unjam sangatlah tinggi . Kami membawa lebih kurang 40 jig seorang .
Peralatan yang kami gunakan ialah joran PE0.8-2 , tali utama 20-30lb dan perambut fluorocarbon 20-30lb . Jig yang kami gunakan boleh dikatakan 90 % berwarna perak berkilat , berat 80-100g .
SUASANA TRIP
Kami tidak tidur di Pulau Redang pada hari pertama , tetapi pulang ke darat semula untuk menambah bekalan asas untuk digunakan di atas bot . Pada hari kedua kami bertolak seawal jam 6 pagi dari jeti , dan sampai di spot pertama pada jam 7.15 pagi , kami memancing sehingga jam 5.30 petang dan terpaksa pulang ke pulau lebih awal kerana perjalanan balik ke pulau agak bahaya jika sudah gelap kerana struktur batu yang sangat tinggi di depan jeti .
( Atas ) Puas hati apabila berjaya menaikkan Tenggiri skala begini !
Pulang dengan hasil Tenggiri yang lumayan !
@ pancing • November 2020 • 33