@Pancing November 2020 | Page 29

“ Mengikut pengalaman saya , untuk mendapatkan Jenggo anda perlu kesabaran yang tinggi di samping kemahiran dan nasib . Kesemua elemen ini dapat menjayakan impian untuk mendaratkan udang bersaiz besar .”
Suasana pancingan Udang Galah .
bergantung pada saiz bot . Namun , sebelum memulakan perjalanan saya sering menitikberatkan tentang keupayaan enjin supaya tidak mengundang masalah .
• Angkat enjin , periksa kipas bersama pin dalam keadaan baik .
• Salur minyak dari tangki tidak mengalami kebocoran .
• Enjin berada di tengah buritan bot , dikunci ketat dan diikat tali dengan kemas agar tidak jatuh jika terlanggar objek keras .
• Hidupkan enjin ( warming up ) sekurangkurang 5-10 minit .
• Pastikan pam air berfungsi dengan pancutan yang sempurna kerana ia bertujuan menyejukkan enjin .
• Matikan enjin dan cuba hidupkan semula untuk memastikan ia tidak bermasalah semasa mahu bergerak ketika bertukar lokasi nanti .
• Jika ada sebarang masalah seperti dinyatakan di atas , sila tukar yang baru baik sampan / bot mahupun enjin yang lebih elok agar anda tidak mengalami masalah semasa memancing .
MINYAK : Minyak enjin bot sangat penting . Pastikan anda tahu jarak perjalanan supaya minyak mencukupi . Jika rasa ingin pergi lebih jauh , pastikan bawa bekalan minyak sendiri yang siap dibancuh dengan minyak pelincir 2T ( untuk enjin 2 lejang sahaja ). Kebiasaannya minyak yang dibekalkan oleh pengusaha bot sewa sebanyak 10 liter sahaja .
LIFE JACKET : Kebanyakkan pengusaha bot tidak membekalkan jaket keselamatan , jadi pastikan anda bawa sendiri dan pastikan ia dipakai sentiasa . Ini kerana malang tidak berbau dan lebih baik sediakan payung sebelum hujan .
ALATAN MEMANCING
JORAN : Joran terbaik jenis sensitif di tip dan tidak terlalu keras dan terlalu lembut 4-10 dan 6-12lb . Panjang joran pula sekitar 4.5 kaki hingga 5.5 kaki , namun saya lebih selesa dengan penggunaan joran panjang 5 kaki jika menaiki bot .
Max . 6 set pancing akan digunakan . Joran berperanan untuk mengetahui di mana lokasi sebenar udang . Teknik saya mudah kerana setiap balingan ditentukan jarak iaitu jauh ke depan , tengah , kiri , kanan dan di bawah bot . Sebagai contoh , jika bahagian kiri sering digetu udang maka konsentrasi ke bahagian tersebut ditingkatkan berbanding lain , ini dapat meningkat jumlah tangkapan .
KEKILI : Kekili saiz 500 dan 1000 pilihan terbaik kerana tidak terlalu besar dan seimbang dengan joran yang digunakan .
TALI UTAMA & PERAMBUT : Tali utama antara 8 hingga 12lb , namun pilihan tangsi lebih baik terutama sekali di kawasan berarus kerana ia meregang dan kurang menghasilkan bunyi . Namun perlu berhati-hati jika kawasan tersebut ada kehadiran ikan Buntal , ia gemar memutuskannya .
Berbanding dengan penggunaan tali benang ( braided ), ia lebih tahan gigitan Buntal dan lebih kuat jika tersangkut di reba . Namun , tali ini menghasilkan bunyi di kawasan berarus .
Kesimpulannya , penggunaan tali utama bergantung pada pilihan masing-masing mengikut budget dan kesesuaiannya .
Perambut secara umum adalah mono / fluorocarbon 6 hingga 8lb . Sewaktu arus mula lembut , perambut panjang lebih baik ( sekaki ) dan jika arus laju , perambut pendek ( sejengkal ) agar tidak terbelit .
MATA KAIL : Mata kail perlu tajam , halus dan kuat . Mata kail bentuk ‘ sabit ’ menjadi pilihan kerana lebih mudah mencangkuk mulut udang kerana ia berlingkar seperti circle hook yang akan terlekat secara automatik sekiranya udang makan ataupun melarikan umpan .
Saya memilih saiz no . 2 dan 4 untuk mata kail sabit manakala saiz 8 dan 10 jika menggunakan mata kail J . Sebelum turun memancing , saya akan sediakan dan ikat siap-siap mata kail di rumah kerana di atas bot , anda tidak perlu membuang masa berharga .
UMPAN : Antara umpan yang paling digemari ialah :
• Cacing tanah
• Perumpun
• Anak udang
• Ikan Guppy yang digaul belacan
• Hati ayam
BATU LADUNG : Bergantung pada arus sungai , jika laju batu saiz no . 6 disarankan supaya umpan statik di satu tempat . Bagi saya , sewaktu air laju lokasi tebing dan tepian pohon Berembang dan Nipah menjadi pilihan . Semasa air mula bergerak perlahan , saya akan menukar batu saiz 4 atau 5 bergantung pada kedalaman lubuk . Batu perlu sentiasa ditukar , ia penting untuk pastikan kedudukan tali dalam keadaan lurus dan tegang agar mudah mengesan getuan udang .
BEKAS SIMPANAN UDANG : Bagi memastikan kesegaran , setiap tangkapan perlu hidup sehingga selesai memancing . Bagi udang yang telah mati harus simpan ke dalam peti berisi ais supaya ia segar .
Antara pilihan bot di jeti Kampung Sepakat .
Cikgu Ayob pengusaha bot sewa di Kampung Sepakat .
“ Mengikut pengalaman saya , untuk mendapatkan Jenggo anda perlu kesabaran yang tinggi di samping kemahiran dan nasib . Kesemua elemen ini dapat menjayakan impian untuk mendaratkan udang bersaiz besar .”
@ pancing • November 2020 • 29