@Pancing November 2020 | Page 25

“ Di sesetengah negara , spesies ini dikenali sebagai “ Brown Sweetlips ” atau “ Black Sweetlips ” dengan nama saintifiknya Plectorhinchus gibbosus . Di sesetengah negeri di Malaysia ada juga yang memanggilnya sebagai “ Siakap Batu ” atau “ Kakap Batu ”.
“ Di sesetengah negara , spesies ini dikenali sebagai “ Brown Sweetlips ” atau “ Black Sweetlips ” dengan nama saintifiknya Plectorhinchus gibbosus . Di sesetengah negeri di Malaysia ada juga yang memanggilnya sebagai “ Siakap Batu ” atau “ Kakap Batu ”.
Spesies “ rare ” 2.5kg Kaci Hitam atau dikenali swebagai " Siakap Batu " di sesetengah tempat .
Ramai yang salah faham mengatakan ia adalah spesies ikan Kuku Hitam , sebenarnya ia tergolong dalam spesies Kaci dan habitatnya di estuari .
Siakap saiz ini paling banyak kami dapat di setiap trip .

Estuari adalah antara lokasi pancingan kegemaran saya dan biasanya ikan Siakap Putih atau Merah menjadi buruan utama . Tetapi di Batang Rambungan ini saya bertemu spesies yang jarang dapat – Kaci Hitam !

Batang Rambungan merupakan sungai yang menyusur keluar ke Laut China Selatan dan terletak kira-kira 30 ke 45 minit masa perjalanan daripada Bandaraya Kuching . Batang Rambungan sangat berpotensi untuk pancingan gewang kerana terdapat lubuk-lubuk dalam dan ada karang-karang semulajadi yang semestinya dihuni pelbagai spesies ikan .

Secara peribadi , bermacam jenis ikan pernah saya naikkan di Batang Rambungan ini termasuk Siakap Merah , Siakap Putih , Kerapu , Senangin , Kurau , GT , Tanda , Baji , Pari dan edisi terbaru saya adalah Kaci Hitam atau juga dikenali sebagai Siakap Batu di sesetengah tempat .
Seperti biasa , kami telah menggunakan perkhidmatan bot sewa dari Kampung Jaya Bakti . Dalam masa dua minggu berturutturut dengan tiga trip berlainan saya berjaya menemukan dan menaikkan sekumpulan Selunsong di Batang Rambungan ini . Skala saiz adalah dari 500g sehinggalah yang terberat 7kg !
SELUNGSONG
Siakap Putih juga dikenali sebagai “ Selunsong ” khususnya di Sarawak . Ia juga digelar “ Barramundi ” di luar negara dengan nama saintifiknya Lates calcarifer ini cukup digemari oleh pemancing di seluruh dunia . Kelincahannya cukup digeruni dengan pecutan dan lompatan yang mampu menewaskan pemancing !
Lokasi berdekatan muara Batang Rambungan telah kami terjah sewaktu “ Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ” apabila banyak aktiviti mulai dibenarkan semula selepas berbulan-bulan berkurung di rumah sahaja . Pada waktu aktif Selunsong ini , ia tidak kira apa jenis umpan atau gewang yang kami gunakan pasti akan mendapat sambaran .
@ pancing • November 2020 • 25