@Pancing November 2020 | Page 23

GT yang sudi pada jig yang dihenjut laju .
Tenggiri yang berjaya dicungkil oleh Ejam .
Jenahak yang berjaya dinaikkan di satu spot sahaja - tripple strike !
Flyjig buatan anak tempatan . Boleh buat tempahan di FB : FlyJig .
BORON KEDUA
Cuaca yang tidak berangin menyukarkan kami untuk meneroka lokasi ini kerana bot tidak bergerak . Sedang masing-masing asyik menghenjut , jig Shamsul dihenyak sesuatu dari dasar . Beliau membalas santapan dengan padu . Ikan terus menekan ke bawah , saya meneka Jenahak ‘ monster ’ yang mengambil jignya kerana ia melawan hingga separuh air . Joran PE1-3 beliau melentur diasak .
Kekili beliau dengan drag yang ketat hanya mengeluarkan tali sedikit sahaja apabila ikan melawan . 10 minit pertarungan berlangsung ‘ monster ’ tersebut mula timbul . Kelihatan Kerapu Boron bulat macam tong gas . Jig buatan tangan warna belang hijau luminous seberat 200g berjaya memperdaya Boron tersebut . Selepas itu , sunyi tanpa sambaran kerana arus mati dan ikan menjadi tidak aktif .
KARANG TINGGI
Tekong tidak membuang masa lalu bertukar ke spot karang tinggi untuk mencari Tenggiri dan GT . Malangnya kehadiran kami disambut dengan ikan Lumba-lumba memenuhi segenap ruang menyebabkan ikan-ikan lain takut untuk memunculkan diri . Namun rezeki tetap tersurat , Ijam berjaya menaikkan Tenggiri serta Fendi dapat Cencaru Kuda yang disangka GT . Jam menunjukkan pukul 3.30 petang . Kami ada 2 jam lagi untuk memancing kerana pukul 5.30 petang kami akan bertolak pulang .
Tekong terus berpindah tempat , 3 ekor Jenahak lagi dinaikkan . Menariknya , Jenahak yang diperolehi oleh Basri menyambar soft plastic yang dipasang di atas perambut Y , bukan jig . Pelik tetapi boleh dicuba di lain kali .
Dalam perjalanan pulang , kami sempat singgah ke tempat Cencaru Kuda . Dalam masa 40 minit penuh tong ikan kami dengan Cencaru yang bagak-bagak saiznya . Semua dengan apollo warna putih saiz 14-16 . Ada jugak mata kail yang terkangkang bila kena saiz kasar . Memang macam cendol !
Dalam sejam perjalanan pulang , salah satu enjin telah mengalami kerosakan . Maka terpaksalah kami bergerak dengan menggunakan 1 enjin sahaja . Perjalanan bertambah menjadi 2 jam untuk tiba ke jeti . Alhamdulillah kami semua selamat sampai . — @ Pancimg
Pesta Tenggiri di awal trip .
Pertanyaan : TEKONG WAWIK 013-397 6087
@ pancing • November 2020 • 23