@Pancing November 2020 | Page 21

“ Cuaca yang tidak berangin menyukarkan kami untuk meneroka lokasi ini kerana bot tidak bergerak . Sedang masing-masing asyik menghenjut , jig Shamsul dihenyak sesuatu dari dasar . Beliau membalas santapan dengan padu . Ikan terus menekan ke bawah …”
“ Cuaca yang tidak berangin menyukarkan kami untuk meneroka lokasi ini kerana bot tidak bergerak . Sedang masing-masing asyik menghenjut , jig Shamsul dihenyak sesuatu dari dasar . Beliau membalas santapan dengan padu . Ikan terus menekan ke bawah …”
Kekilinnya yang dipadankan dengan tali 30lb diasak padu sebelum Jenahak anggaran 6kg timbul di permukaan . Tekong mengarahkan kami untuk menaikkan semula jig untuk beliau membetulkan kedudukan bot semula kerana telah tersasar dari lubang . Menaikkan jig seberat 200g dari kedalaman 70 sehingga 90m memenatkan , namun ia tidak mematahkan semangat kami .
Saya mempertaruhkan jig 250g bersama kekili mendatar 401HG serta joran slow jigging Eupro Captain PE1-3 . Jig berprofil leper menjadi pilihan kerana aksi jatuhan yang menarik mampu membuatkan penghuni dasar marah .
Setelah beberapa minit mengetuk dasar dengan teknik half pitch , saya mendapat sambaran padu . Sembatan dilakukan bagi memastikan mata kail tertusuk kemas . Ikan menekan untuk kembali ke sarangnya menyebabkan saya terpaksa menggunakan jari kerana sistem tegangan yang dikunci hampir maksimum masih memuntahkan tali . Setelah beberapa minit bertarung , Jenahak yang selalu diberi gelaran “ Bantal Emas ” akhirnya dinaikkan .
Beberapa minit selepas itu Hisham dan Fendi double strike ! Hisham setelah bertungkus lumus akhirnya berjaya menewaskan Boron bintik oren . Malang buat Fendi , ikan beliau telah kembali ke sarangnya dengan membelitkan tali utama ke karang . Pasti ada yang menang dan kalah !
Jenahak pertama yang dinaikkan , memang Bantal Emas !
Jig berbentuk sotong yang digunakan - padu !
@ pancing • November 2020 • 21