@Pancing November 2020 | Page 2

Menarik di isu hadapan !

04-08 NOSTALGIA SUNGAI BUTA

Menggamit Kenangan Lubuk Rahsia

10-12 TEMMY BATU PAHAT

Penjarahan Spesies PB Ke Selatan Semenanjung

14-17 MELAYAN AMUKAN TENGGIRI

Lubang Lapan Batu Sungai Besar

18-19 COARSE FISHING

Rukun-Rukun Pole Fishing

20-23 SENSASI TANJUNG KARANG

Padang Pancing Slow Jigging Terkenal

24-26 KACI HITAM RAMBUNGAN

Pancingan Selungsong Bertemu Lubuk Ikan Lain

27 PRODUK PANCING TERBARU & BORANG LANGGANAN

28-31 TIPS PANCINGAN UDANG GALAH

Jenggo & Jenggi Negeri Selangor
Bicara editor ...

ASSALAMMUALAIKUM WRT . Pisau - bagi sesetengah orang merupakan satu perkara yang taboo . Mungkin bagi mereka ia adalah benda yang merbahaya dan boleh mendatangkan kecederaan .

Bagi saya pula telah didedahkan kepada alatan tajam ini seawal darjah tiga lagi apabila arwah abah menghadiahkan sebilah pisau camping ketika saya masuk Persatuan Pengakap . Saya tidak dibiarkan begitu sahaja , beliau mengajar pula macam mana untuk menjaga , menyimpan , mengasah dengan teknik yang betul dan cara menggunakannya tanpa memberi kecederaan .
Paling penting yang diajar adalah etika apabila memiliki pisau , seperti bagaimana untuk menghormati alatan tajam , iaitu menggunakannya hanya ketika diperlukan sahaja dan semasa kecemasan . Utama , dan berkali-kali beliau tekankan adalah mengawal kesabaran dengan tidak menjadikan pisau sebagai senjata yang boleh mencederakan orang lain !
Namun , saya pasti bagi golongan pemancing , alatan tajam seperti pisau , multi-tool dan parang adalah peralatan yang wajib ada , jika tidak tersemat di pinggang , setidak-
tidaknya pasti tersimpan baik di dalam kotak pancing masing-masing .
Dalam dunia pancing , alatan tajam ini menjalankan pelbagai tugasan , paling mudah pastinya anda mempunyai sebilah pisau fillet , untuk memotong umpan dan menyiang ikan tangkapan . Parang pula sangat berguna ketika trekking ke lokasi memancing untuk menebas semak belukar dan memotong kayu .
Alatan tajam ini juga digunakan untuk membantu membuat unggun api , memotong tali , memasang khemah dan sebagainya . Pasti anda juga mempunyai pisau , multi-tool atau parang kegemaran yang digunakan bertahun-tahun .
Selain pisau camping hadiah dari orang tua dan satu Swiss Army Multi-Tool lama , saya juga mempunyai sebilah
“ Parang Tapah ” sepanjang 15 inci ( rupa macam Parang Tantari ). Parang ini hanya digunakan untuk masuk ke hutan dan telah bersama saya lebih dari 25 tahun hinggakan hulu plastiknya kepala burung kakak tua pernah ditukar sekali . Parang ini tidak tajam poin di hujungnya ( berpetak ) tetapi bilahnya tebal dan berat , jadi ia juga boleh digunakan umpama kapak untuk menebang buluh dan pokok-pokok kecil . Malah saya guna untuk pelbagai tugasan hingga menyiang ikan dan memotong daging korban !
Cuma di negara kita membawa pisau di kocek “ everyday carry ( EDC )” bukanlah sesuatu yang normal berbanding negara barat . Sebenarnya pisau dan multi-tool ini banyak kegunaannya seharian dari seringkas memotong kertas , kotak atau buah , hinggakan membantu memasang skru barangan atau membuka penutup botol atau tin dengan alatan yang terdapat di multi-tool dan sebagainya .
Pentingnya setiap negara ada undang-undang berapa besar dan panjang pisau yang dibenarkan dibawa oleh seseorang baik pada dirinya sendiri atau disimpan dalam kenderaan . Ikutlah undang-undang dan simpan alatan tajam di tempat yang elok dan terjaga sama ada di rumah atau jika dibawa untuk memancing .
Editor , Faiz Karim
Menarik di isu hadapan !
Memupuk Hobi Memancing Kepada Anak-Anak
Mengilat Tebing Berbatu
HAK CIPTA TERPELIHARA @ Pancing @ Pancing adalah sebuah majalah yang menyediakan maklumat mengenai dunia memancing , perkembangan dan juga berita terkini dari dalam dan juga luar negara . Pihak penerbit dan Editorial @ Pancing tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan mahupun kehilangan yang disebabkan oleh maklumat yang diperoleh dari majalah ini termasuk produk mahupun perkhidmatan yang diiklankan . Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang , disimpan dalam sistem dapat kembali , atau disiarkan dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa-apa jua cara , sama ada elektronik , fotokopi , mekanik , rakaman atau lainlain sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak penerbit dan @ Pancing .

#@ Kandungan

12

02 • November 2020 • @ pancing