@Pancing November 2020 | Page 18

Isu lepas saya telah memperkenalkan asas-asas pole fishing gaya Eropah bersama dengan sejarah dan evolusinya mengikut peredaran zaman . Isu ini saya akan membincangkan beberapa elemen dan perkakas penting yang dikaitkan dengan pole fishing .

@ Coarse Fishing

TENGKU IZZUDIN TENGKU ISMAIL ( izzudin @ gmail . com )

Rukun-Rukun Pole Fishing

Isu lepas saya telah memperkenalkan asas-asas pole fishing gaya Eropah bersama dengan sejarah dan evolusinya mengikut peredaran zaman . Isu ini saya akan membincangkan beberapa elemen dan perkakas penting yang dikaitkan dengan pole fishing .

Pada pendapat saya , terdapat 3

‘ rukun ’ penting untuk pole fishing , maka sekiranya tidak anda meneliti dan memenuhi rukunrukun ini seumpama tidak ‘ sah ’ pole fishing anda !
KETEPATAN DALAM MEMBENTANGKAN

1 UMPAN Ini boleh dicapai dengan pole yang panjang yang membolehkan anda untuk mencapai lubuk /‘ spot ’ yang terbaik , sama ada ‘ drop-off ’ atau berhampiran struktur . Malahan , antara langkah pertama sebelum memulakan sesi adalah mengukur kedalaman air dan juga mengenal pasti bentuk dan keadaan dasar yang berpotensi menjadi lubuk ikan .

Panjang yang optimum dari segi pengilangan pole adalah kira-kira 16m . Agak jarang pengilang menghasilkan pole yang lebih panjang daripada ini , tapi pole yang kepanjangan 10 , 12.5 , 13 dan 14.5m juga mudah didapati dengan harga yang lebih ekonomi .
Sebatang pole yang panjang memudahkan
Kemahiran Steve Ringer mengendali pole menjadikan beliau antara pemancing top coarse fishing .
anda untuk mencapai ketepatan dengan mudah , hanya turunkan sahaja umpan di bawah hujung pole ! Bahkan anda boleh menempatkan umpan berhampiran dengan struktur dengan risiko tersangkut yang sangat rendah berbanding jika membuat lontaran dengan joran dan kekili biasa .

2SENSITIVITI MENGESAN GIGITAN

IKAN Sepanjang memancing , bagi saya teknik untuk mengesan gigitan ikan secara visual yang paling sensitif adalah dengan penggunaan pelampung pole . Apabila pelampung yang betul dipadankan pula dengan ikatan atau rig yang tepat , setiap pergerakan dan getaran yang ditunjukkan oleh pelampung akan menceritakan sesuatu kepada si pemancing .
Dari situ anda dapat menafsirkan , antaranya tabiat pemakanan ikan pada waktu tersebut ; adakah ikan sedang menjamah umpan dengan rakus atau berhati-hati , adakah ikan nak makan di dasar atau di
pertengahan air dan sebagainya .
Maka sebenarnya fungsi utama pelampung pole adalah pengesan visual ataupun ‘ bite detection ’. Di samping itu juga , ianya seperti sebuah alat ‘ feedback ’ yang memberi input kepada pemancing untuk membuat keputusan yang sewajarnya .
Jika anda melihat pilihan gewang yang pelbagai di pasaran , begitu jugalah pelampung pole yang datang dalam pelbagai saiz , warna , bentuk dan bahan buatannya . Sebenarnya , setiap rekabentuk pelampung tersebut mempunyai fungsi yang tersendiri .
Contohnya , rekabentuk pelampung akan mengambil kira kedalaman air , jenis ikan yang diburu , keadaan cuaca , kadar tenggelam umpan dan sebagainya . Semua ini berbalik kepada rukun ini iaitu mengoptimumkan sensitiviti untuk pelampung anda .

3ELASTIC YANG SEIMBANG DENGAN

SENARIO Antara faktor yang unik pada pole fishing adalah pada penggunaan elastic atau getah
18 • November 2020 • @ pancing