@Pancing November 2020 | Page 17

( Kiri ) Editor Faiz Karim bersama tangkapan Kurau ketika trip sulung saya ke sini 2 tahun lepas .
( Kanan ) Gambar trip tahun lepas seekor Kerapu oleh Meo .
( Bawah ) Pari berskala 40kg yang saya perolehi pada trip tahun lepas dengan kaedah pancingan dasar . pancingan dasar pula . Penggunaan perambut yang diikat secara paternoster bercabang dua bersama batu ladung di bawah dengan circle hook menjadi pilihan di perairan ini . Hirisan umpan kembung sudah memadai kerana ikan di sini tidak memilih umpan . Akan tetapi jika keadaan air mati , penggunaan umpan udang hidup lebih berkesan .
Ketibaan kami di sini adalah sehari selepas air mati iaitu fasa air mula bergerak besar . Fasa ini masih boleh dianggap sesuai lagi untuk pancingan dasar . Namun , mungkin kerana kami hanya tertumpu di kawasan lubang dan tidak ke kawasan tukun atau kapal karam , keputusan hasil pancingan dasar sangatlah hambar .
Berbeza pada lawatan kedua saya ke sini pada tahun lepas , ketika itu merupakan fasa pertama air mati dan kami memancing dasar di kawasan tukun dan hasilnya sangat mengujakan . Ketika itu kami berjaya mendaratkan ikan Pari , Senangin , Kerapu , Gelama , Sembilang dan Gerut-gerut bersaiz kasar .
Sebelum sesi pancingan berakhir , kami sempat singgah sebentar di lokasi kapal karam . Di sini kami berjaya mendaratkan dua ekor lagi Tenggiri membuatkan jumlah keseluruhan tangkapan Tenggiri trip ini sebanyak 14 ekor !
Sempat juga saya melabuhkan jig micro di kawasan ini dan hasilnya beberapa ekor Cencaru bersaiz sederhana berjaya diperolehi . Berlainan dengan pemancing tempatan di sini , mereka menggunakan apollo untuk mencari Cencaru .
Sememangnya perairan Sungai Besar mempunyai potensi menghasilkan tangkapan yang berkualiti memandangkan kepelbagaian spesies ikan yang terdapat di sini .
Yang pasti perairan ini akan dicatitkan di dalam kalendar memancing tahunan saya sebagai lokasi yang wajib dilawati setiap tahun ! — @ Pancing
Pertanyaan : MIMI SUHAIMI 018-919 3732
@ pancing • November 2020 • 17