@Pancing November 2020 | Page 12

Yan bersama Temmy saiz terbaiknya di lombong pasir . Ia menghentam popper kecil .
Ngam sampai 55cm .
Seekor lagi Temmy gadang oleh Farid menggunakan minnow / jerkbait .
langit mendung hingga menjejak ke tengahari . Keadaan sedemikian sama juga jika memancing PB Monoculus . Kedua-dua spesies PB ini ‘ mandom ’ bila hari tidak panas !
LOKASI KEDUA
Kami pantas mengemas barangan kerana ingin meninjau spot kedua yang terletak dalam kawasan kilang sebelum simpang menuju menuju ke jalan ke Pantai Minyak Beku . Sementelahan pula kedua-dua sahabat baru saya ini tidak dapat menemani lebih lama kerana ada urusan lain perlu diselesaikan tengahari tersebut .
Lokasi kedua ini pula lebih kelihatan semulajadi kerana ia berupa kawasan sedikit berlembah dan berbelukar banat yang ditelenggami air . Saya tidak dapat mengagak kedalaman keseluruhan kawasan ini kerana hanya memancing di bahagian hadapannya bersebelahan dengan jalan tidak berturap .
Namun , ia lebih bereba di dasarnya kerana asal dipenuhi belukar , jadi gewang topwater pasti menjadi pilihan utama . Sama seperti lombong yang awal tadi , tidak ada apa-apa tangkapan berlaku di sini hanya beberapa kali miss call oleh Temmy bersaiz cilik . Hari semakin panas dan apabila sudah berada di sini , pasti “ Beriani Power ” di bandar Batu Pahat tidak akan dilepaskan !
MENCUBA SEMULA
Seusai makan tengahari yang lazat , saya dan keluarga kembali semula ke lombong pasir pertama pagi tadi tanpa ditemani Asrul dan Yan . Suasana petang yang panas boleh kelihatan sekali sekala Temmy saiz kasar menangkap di permukaan air , tetapi sayang , terlalu jauh untuk disampaikan gewang kepadanya .
Keadaan disukarkan lagi dengan kehadiran angin yang menghasilkan riak-riak kasar di permukaan air lombong . Apabila ia berlaku , letupan permukaan Temmy langsung tidak kelihatan . Cuaca yang panas mengakibatkan kami lepak di pondok sahaja dan anak-anak melayan baby Temmy dengan micro soft plastic ( Ajing ).
Apa yang saya alami ketika trip ini , ikan Temensis di sini bukanlah mudah dipancing , ada kondisi tertentu yang membuatkan ia mahu buka mulut . Pastinya tekanan memancing yang tinggi telah membuatkan ia amat culas sekali . Di masa akan datang , jika ada kelapangan mungkin saya boleh mencuba tempat-tempat lain yang telah menjadi habitat barunya . — @ Pancing
Mencari Temmy di lokasi kedua . Pertanyaan FB : AZA AZ HYDRA
12 • November 2020 • @ pancing