@Pancing November 2020 | Page 11

“ Beberapa tahun kebelakangan ini muncul pula spesies PB yang boleh membesar hingga ke saiz yang menakjubkan – Chicla temensis . Ia juga digelar “ Temmy ” bagi peminatnya . Bermula di Empangan Jus di Selandar Melaka , ia telah merebak ke beberapa kawasan di negeri lain dan salah satunya ialah di Batu Pahat Johor .”
“ Beberapa tahun kebelakangan ini muncul pula spesies PB yang boleh membesar hingga ke saiz yang menakjubkan – Chicla temensis . Ia juga digelar “ Temmy ” bagi peminatnya . Bermula di Empangan Jus di Selandar Melaka , ia telah merebak ke beberapa kawasan di negeri lain dan salah satunya ialah di Batu Pahat Johor .”
Temmy baru dalam 3 tahun sahaja menghuni lombong pasir ini , namun sudah ada spesimen saiz bagak !
Lombong pasir di Tanjung Laboh Batu Pahat yang mengandungi Temensis .
angka 50cm , malah ada yang lebih dari 60cm . Berbanding saudaranya PB Monoculus , walaupun sudah melebihi 20 tahun di negara kita , tetap jarang sangat dapat melihat saiz melebihi 60cm !
Saiz lombong dalam satu setengah padang bola dan separuh dari tebingnya boleh dilalui dengan berjalan kaki dan hanya perlu meredah semak di beberapa kawasan . Kedalaman lombong ini antara 4-15 kaki dengan warna airnya jernih kehitaman akibat tanah gambut .
Ketika saya sampai , terdapat 2 kumpulan anak-anak Temmy , namun penjaganya sukar digoda mungkin kerana sudah culas asyik diterjah dengan pelbagai gewang saban hari . Menurut Yan , Temmy di lombong ini gemar gewang topwater berupa popper dan slow sinking minnow .
Lain-lain jenis gewang seperti spinfly , spoon dan jig pernah dicuba tetapi sangat kurang menjadi , berkemungkinan Temmy di sini lebih gemar berlegar di perimeter pertengahan air hingga ke permukaan , bukan di dasar .
Kami mencuba beberapa sudut hingga ke seberang lombong , namun tiada sambaran . Ini mungkin kerana cuaca yang tidak menyebelahi kerana sudah beberapa hari hujan . Pagi itu juga hujan baru sahaja berhenti dan
Anak saya Ryan , layan baby Temmy dengan SP Ajing . Ini juga membuktikan Temmy juga membiak dengan baik di lombong pasir ini !
Asrul dengan Temmy remaja .
@ pancing • November 2020 • 11