@Pancing November 2020 | Page 10

PENJARAHAN SPESIES TEMENSIS KE SELATAN SEMENANJUNG

@ Air Tawar

EDITOR ( faizkarim @ revonmedia . com )

Temmy Batu Pahat

PENJARAHAN SPESIES TEMENSIS KE SELATAN SEMENANJUNG

Ikan Peacock Bass spesies Temensis secara perlahan-lahan telah merebak ke banyak perairan dan di antaranya ialah di Batu Pahat Johor . Baru-baru ini saya turun ke sana untuk meninjau keadaannya .

10 • November 2020 • @ pancing

Saya telah memancing Peacock

Bass ( PB ) spesies Chicla monoculus sejak dari awal tahun 2000 lagi . Ketika itu tidak banyak perairan tempatan dihuninya , hanya dalam lingkungan kawasan Lembah Kinta Perak . Lama kelamaan spesies ikan pendatang ini telah merebak ke banyak perairan di dalam negara hinggalah sekarang .
Sejak dari dulu lagi spesies ini telah menjadi isu besar yang berkali-kali dibicarakan baik di media cetak atau sosial . Namun , tidak ada apa-apa yang dapat kita lakukan kerana “ nasi sudah menjadi bubur ”.
Tanpa kawalan dan penguatkuasaan yang menyeluruh tiada siapa yang dapat membendung penjarahannya . Pasti ia dari buah tangan manusia sendiri yang melepaskan spesies ini ke sana sini .
Pada masa yang sama , spesies ini mempunyai nilai dari segi ‘ ikan sukan memancing ’ dan disebabkan itu secara tidak langsung ia dapat menyemarakkan dunia memancing negara khususnya untuk aktiviti mengilat dan pancing layang . PB didambakan untuk trip balik hari yang berdekatan dan tidak memerlukan kos yang tinggi .
TEMENSIS
Beberapa tahun kebelakangan ini muncul pula spesies PB yang boleh membesar hingga ke saiz yang menakjubkan – Chicla temensis . Ia juga digelar “ Temmy ” bagi peminatnya . Bermula di Empangan Jus di Selandar Melaka , ia telah merebak ke beberapa kawasan di negeri lain dan salah satunya ialah di Batu Pahat Johor .
Pengenalan saya dengan Asrul di FB membawa saya ke lokasi Temmy yang terletak di Tanjung Laboh Batu Pahat . Awal pagi tersebut beliau sedia menunggu di lokasi bersama isteri beliau dan seorang lagi sahabat bernama Yan .
Pertama kali berjumpa dan berborak santai salam perkenalan , saya terkejut apabila diberitakan terdapat belasan lokasi lagi di daerah yang sama mengandungi Temmy , namun hanya beberapa sahaja yang dapat diakses pemancing lain . Kebanyakan yang lain adalah ‘ port solex ’, bermakna hanya untuk geng-geng tertentu sahaja .
Bukan sahaja di Batu Pahat , malah dikhabarkan Temmy juga sudah ada di beberapa lokasi di Muar , saya sendiri tidak tahu kewujudannya di kampung halaman sendiri !
LOMBONG PASIR
Lokasi yang saya cuba ini adalah bekas lombong pasir yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja pun . Anda boleh sahaja memancing tetapi kebersihan perlulah dijaga . Terdapat beberapa buah rumah kampung di sini dan sekeliling lombong ada sedikit tanaman berupa pokok pisang dan ubi kayu .
Temmy dikatakan sudah ada di dalam lombong ini dalam masa lebih kurang 3 tahun . Menakjubkan , walaupun dalam masa yang singkat , sudah ada spesimen melebihi 55cm berjaya dipancing !
Tumbesaran Temensis sememangnya sangat pantas dan ini sudah terbukti di banyak tempat yang menjadi habitatnya , dalam masa 2-4 tahun sahaja ia cepat membesar melepasi