Kami mematikan enjin dan terus berdayung ke beting pasir tersebut untuk menurunkan sauh . Modus operasi berbeza dengan kelaziman . Kali ini kami mengilat tanpa bot bergerak untuk menyasarkan sudut-sudut tertentu sahaja .
TEKNIK
Gewang selaman dalam tetap menjadi pertaruhan utama . Saya menggunakan crankbait berjaya menaikkan seekor ikan Kerapu Naga bersaiz memuaskan . Kekuatan ikan pemangsa yang terkenal dengan gelaran “ Bumblebee ” ini sememangnya tidak boleh dinafikan . Hampir terlepas joran dari tangan angkara henjutannya yang bagaikan bulldozer di dasar sungai !
Setelah hampir satu jam menggunakan gewang selaman dalam , penghuni lubuk tersebut bagaikan mengunci mulut terhadap gewang kami . Lantas gewang soft plastic udang pula menjadi pertaruhan pada sesi kedua .
Soft plastic udang dibiarkan hanyut hingga ke dasar lubuk . Lalu beberapa henjutan kecil dan karauan pendek dilakukan untuk menggayakan soft plastic tersebut bagaikan udang sebenar yang sedang berenang ketakutan di dalam air .
Tanpa menunggu lama , kami dengan serentak mendapat “ double strike ”. Perlawanan
|
Soft plastic udang , umpan alternatif terbaik di muara !
( Atas kanan ) Double strike dari trip lama .
Siakap Putih banyak di sini !
|
kali ini agak berlainan . Pemangsa di hujung tali melawan habis-habisan sehingga memaksa joran 8-16lb yang kami gunakan menunduk semaksimanya . Rupa-rupanya sepasang ikan Siakap Merah telah tertipu oleh lenggokan udang tiruan kami .
Sesi seterusnya menjadi semakin rancak apabila air menyorong pasang dengan beberapa ekor lagi ikan Siakap Merah menyerah diri . Sememangnya ikan Siakap Merah mendominasi hasil tangkapan sehingga ke penghujung trip .
SET-UP
Senjata utama yang kami gunakan sepanjang trip kali ini adalah joran berkekuatan 10-20lb yang dipadankan dengan mainline 25-35lb untuk digunakan bersama gewang selaman dalam . Gewang yang digunakan pula kebanyakkannya bersaiz 7 sehingga 9cm bergantung dengan kedalaman air . Semakin dalam air , semakin besar gewang yang digunakan kerana mampu menyelam dengan lebih dalam .
Untuk permainan soft plastic pula , kami menggunakan joran berkekuatan 6-12 dan 8-16lb . Tali utama pula hanya berkekuatan 15 sehingga 20lb sahaja untuk memberikan lebih aksi kepada soft plastic yang lebih ringan .
|
Namun kami menggunakan shock leader fluorocarbon yang kasar pada semua set pancing untuk mengelakkan kejadian dibuli oleh ikan-ikan muara yang kebiasaannya suka bermain kotor dengan menyelinap ke arah struktur reba dan akar bakau .
PENUTUP
Trip ini ditamatkan awal sejurus sahaja air telah meningkat tinggi . Walaupun masa memancing agak terhad , namun trip ini dianggap berjaya dengan variasi tangkapan yang berbeza dan bersaiz memuaskan . Hanya sedikit kekesalan terbuku di hati kerana tidak dapat ‘ repeat ’ di lokasi yang sama dalam masa terdekat ini lantaran peningkatan kes Covid- 19 yang mendadak terutamanya di daerah Semporna yang telah diistiharkan sebagai red zone !
Bersama-samalah kita mematuhi SOP di era norma baharu ini dan akur dengan arahan pihak berkuasa dengan harapan semuanya kembali pulih seperti sediakala . Amalkan 3W , elakkan 3C . — @ Pancing
Pertanyaan : CIKGU ZAIDY 012-448 0037
|
|||
08 • November 2020 • @ pancing |