@Pancing November 2020 | Page 34

“ Di perairan Terengganu , terdapat banyak unjam . Semua unjam-unjam ini boleh dicuba untuk mencari Tenggiri , tetapi pastikan anda membawa banyak stok jig kerana potensi sangkut di unjam sangatlah tinggi .”
Tenggiri sekumpulan , dan double hook-up adalah perkara biasa .
Saya bersama antara Tenggiri yang berjaya didaratkan .
Memang seronok layan Tenggiri jika kena musimnya , tak menang tangan !
( Atas ) Persembahan teaser jig yang berlainan , guna bulu putih dan material pink .
( Kanan ) Jig warna silver cukup laku untuk Tenggiri .
“ Di perairan Terengganu , terdapat banyak unjam . Semua unjam-unjam ini boleh dicuba untuk mencari Tenggiri , tetapi pastikan anda membawa banyak stok jig kerana potensi sangkut di unjam sangatlah tinggi .”
Kami menginap di Delima Redang Resort yang sangat selesa . Pada sebelah malam pula sesi melepak dan bertukar-tukar pendapat dan pengalaman memancing . Tidak banyak masa dihabiskan di pulau kerana esoknya akan bertolak ke laut pada pukul 7 pagi . Sesi memancing berlangsung sehingga jam 6 petang sahaja .
Abang Zeck yang merupakan orang lama di Kuala Terengganu melihat awan gelap di sebelah darat , berkemungkinan akan datang ribut ujarnya . Tidak disangkal lagi apa yang dikatakannya benar belaka .
Kami terkena angin Selatan , ribut ini tidaklah terlalu kuat , tetapi ia mengambil masa yang lama untuk reda , dengan kecekapan tekong , kami selamat sampai ke darat dan menamatkan sesi pancingan 3 hari . — @ Pancing
Pertanyaan : ENGKU KHAIRIL ANUAR 014-654 9203
34 • November 2020 • @ pancing