@Pancing November 2020 | Page 28

JENGGO & JENGGI NEGERI SELANGOR

@ Udang Galah

MOHD . FADZLY RANI ( fadz43 @ yahoo . com )

Tips Pancingan Udang Galah

JENGGO & JENGGI NEGERI SELANGOR

Sungai Selangor , Sungai Besar , Sungai Bernam , Sungai Langat dan Sungai Tengi cukup sinonim buat pemburu Udang Galah . “ Jenggo ” ialah nama yang diberi oleh kaki pancing yang bermaksud Udang Galah bersaiz besar manakala “ Jenggi ” pula untuk udang yang bersaiz kecil atau bujang .

Udang Galah atau Giant Freshwater Prawn , Macrobrachium rosengbergii adalah keluarga palaemonidae yang bersifat omnivor . Ia mendiami pelbagai kawasan air tawar dari sungai kecil , sungai besar , lombong , tasik dan dan estuari . Ia juga aktif pada waktu malam ( nocturnal ). Taburan Udang Galah boleh di dapati seluruh kawasan tropika dan sub tropika di rantau Indo-Pasifik dari India ke Asia Tenggara dan Utara Australia . Malaysia ialah negara pertama yang menemui cara untuk menternak udang ini sekitar 1960an sehingga diberi nama sebagai “ Udang Malaysia ”. Tapi kini penghasilan di negara kita pada tahap rendah jika hendak dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Bangladesh , Vietnam , Thailand , China , Indonesia dan Taiwan .

TEKNIKAL
Dalam misi memburu Udang Galah baik di sungai dengan bot atau dari tebing , masingmasing memiliki fahaman yang tersendiri . Beberapa aspek penting perlu dititikberatkan supaya trip berjalan lancar .
SAMPAN ATAU BOT : Terdapat pelbagai saiz bot yang boleh digunakan sama ada dibeli atau disewa . Kebiasaan sepanjang 12 hingga 14 kaki . Saiz ini cukup untuk keselesaan buat 2-3 orang pemancing .
Ini adalah sebahagian rutin yang sering saya amalkan setiap kali menyewa mana-mana bot .
• Periksa dan pastikan ia berkeadaan baik dan tidak bocor .
• Dilengkapi sekurang-kurangnya satu pendayung
• Tali pengikat di hadapan bucu sampan / bot dan di belakang ( sebaiknya tali melebihi 2 depa ) untuk parking di bawah pokok di tebing .
• Satu bekas penceduk air jika hujan .
• Jika berbumbung , pastikan tidak koyak atau bocor .
• Sauh .
ENJIN SANGKUT : Biasanya pengusaha menyediakan enjin antara 2.5 hingga 30hp
28 • November 2020 • @ pancing