@Pancing November 2020 | Page 26

Tangkapan Selunsong terbesar saya di Batang Rambungan ini adalah seberat 7kg .
Close-up salah seekor Selunsong hasil tangkapan saya dengan soft plastic ditelannya habis !
Mungkin ia galak kerana kurang diterjah pemancing atau nelayan .
Selain gewang selaman dalam bersaiz 75mm , kami turut mendapat sambaran dengan menggunakan beberapa jenis soft plastic udang daripada pelbagai jenama . Selunsong yang bersaiz 1kg ke bawah lebih bergerak dalam kumpulan .
Belasan ekor Selunsong bawah 1kg berjaya kami naikkan dalam tiga trip yang berbeza dalam masa dua minggu tersebut . Selain itu , saya sendiri juga berjaya menaikkan dua ekor yang bersaiz lebih kasar dengan berat 4 dan 7kg .
KACI HITAM
Mengikut kajian dan juga merujuk kepada
( Atas ) Berturut-turut 2 minggu saya menaikkan Selunsong di Batang Rambungan .
( Kanan ) Dom juga berjaya menaikkan seekor Kaci Hitam pada trip yang sama .
rakan pancing yang lebih senior serta berpengalaman , ikan yang pada mulanya saya gelarkan “ Ning Baizura ” ini adalah dari keluarga Kaci iaitu “ Sweetlips ”.
Di sesetengah negara , spesies ini dikenali sebagai “ Brown Sweetlips ” atau “ Black Sweetlips ” dengan nama saintifiknya Plectorhinchus gibbosus . Di sesetengah negeri di Malaysia ada juga yang memanggilnya sebagai “ Siakap Batu ” atau “ Kakap Batu ”.
Di Batang Rambungan ini , kami berjaya menaikkan empat ekor semuanya dalam dua hari berturut-turut di lokasi yang sama dengan kedalaman sekitar 20 ke 30 kaki . Ia lebih tertumpu pada kawasan yang berbunga karang yang dalam .
Setelah bertahun-tahun mengilat di
Batang Rambungan , ini adalah pertama kali kami menemui spesies Kaci Hitam ini di sini . Mungkin secara kebetulan ataupun ia masuk ke muara sungai untuk bertelur ? Kami tidak tahu .
Namun yang pasti , kami berjaya menaikkannya dengan menggunakan soft vibe dan juga jig . Saiz yang kami temui juga cukup kasar iaitu sekitar 2 ke 2.6kg . Tarikan dan pecutannya juga cukup kuat pada kedalaman tersebut . Sungguh mengasyikkan dan semoga kami akan berjaya menjejak spesies ini kembali pada suatu hari kelak . — @ Pancing
Pertanyaan sewaan bot : IBRAHIM 013-825 0939
26 • November 2020 • @ pancing