@Pancing May 2021 | Page 9

“ Jadual pasang surut bagi kawasan pancingan adalah amat perlu bagi anda mengetahui waktu yang sesuai untuk memancing semasa monsun . Waktu yang terbaik ialah semasa air baru naik pasang , kerana air yang masuk lebih jernih dan membawa ikan-ikan dari muara masuk ke kawasan hulu sungai .”
“ Jadual pasang surut bagi kawasan pancingan adalah amat perlu bagi anda mengetahui waktu yang sesuai untuk memancing semasa monsun . Waktu yang terbaik ialah semasa air baru naik pasang , kerana air yang masuk lebih jernih dan membawa ikan-ikan dari muara masuk ke kawasan hulu sungai .”
Hujan yang turun sebelum trip dimulakan menjadikan air sungai semakin keruh .
Rezeki monsun . Memancing semasa air keruh boleh dilakukan sekiranya anda mempraktikkan teknik yang betul .

KEBANYAKAN aktiviti memancing di kawasan sungai dan laut akan menjadi terbatas akibat faktor cuaca dan keadaan air . Namun , kali ini saya akan berkongsi pengalaman beberapa kali trip muara kami yang dilakukan semasa musim monsun ini .

PERSIAPAN MENTAL & FIZIKAL
Tidak seperti kebanyakan trip-trip lain , trip semasa monsun ini memerlukan daya ketahanan mental dan fizikal yang lebih tinggi . Risiko anda untuk berhujan sepanjang hari adalah amat tinggi . Bahkan ramai orang berkata trip semasa monsun ini ialah trip hilang akal !
Saya sendiri telah beberapa kali berhujan sepanjang hari semasa trip ini . Justeru itu , adalah digalakkan anda membawa kelengkapan seperti poncho , ataupun baju kalis air bagi yang tidak tahan akan suhu yang sejuk semasa berhujan .
Saya sendiri memilih untuk tidak menggunakan baju hujan kerana menghalang penggunaan jaket keselamatan secara efektif . Bagi saya keselamatan tetap didahulukan . Selain dari persediaan fizikal , persiapan mental yang kuat juga memainkan peranan penting .
Kebarangkalian untuk pulang dengan tangan kosong adalah amat tinggi sekiranya tidak membuat persiapan secukupnya . Saya akan berkongsi sedikit sebanyak tips memancing semasa monsun ini .
PERMAINAN STRATEGI
Untuk merangka strategi berkesan , anda perlu mendapatkan maklumat yang betul dan mencukupi . Sebelum memulakan trip-trip ini , saya sentiasa mengambil kira beberapa faktor seperti cuaca , jadual pasang surut , peralatan , lokasi sasaran dan juga saya hanya menyasarkan ikan Kerapu ketika monsun kerana ia ikan yang mempunyai populasi yang tinggi di muara .
Faktor cuaca merupakan salah satu halangan terbesar dalam memancing semasa
Zack membuktikan air keruh bukan penghalang mendapatkan strike . monsun ini . Hujan yang lebat akan menyebabkan suhu air semakin rendah dan ikan akan kurang aktif . Hal ini menyebabkan anda perlu mengira beberapa faktor seperti tempoh hujan berlangsung .
Hujan yang telah lama turun akan menyebabkan air keruh dan berkelodak . Namun , sekiranya hujan baru sahaja turun , maka sungai hanya keruh di bahagian permukaan , maka saya akan menggunakan gewang selaman dalam sekitar 5-7m bergantung dengan kedalaman sungai . Selain itu , air hujan akan menyebabkan ph air sungai berubah dan kurang masin , maka ikan akan tertumpu di kawasan air yang lebih masin .
@ pancing | Mei 2021 | 09