@Pancing May 2021 | Page 6

Sungai Kedah bukan sahaja dihuni Toman saiz gadang , malah Haruannya juga kasar-kasar belaka !
Bot Tekong Pui Kentang selesa digunakan untuk misi memburu Toman Sungai Kedah .
Jangan tidak percaya di dalam Sungai Kedah juga ada Bujuk dan saiznya juga kasar !
dan pemancing yang regular menyarankan joran casting berkekuatan 12-25lb berprofil fast action untuk solid hook-up setiap kali Toman menyambar gewang dan joran perlu kategori heavy supaya ia kuat bertahan ketika menghalang ikan dari menyerbu ke dalam reba .
Tali utama sudah tentu saya gunakan tali sulam Mayeep Muscular Line # halusgagah berkekuatan 40 atau 50lb dan ia diregukan dengan perambut fluorocarbon Mayeep Walee sekasar 50 atau 60lb
Untuk gewang pula pelbagai jenis akan saya gunakan seperti , topwater , buzzbait , spinnerbait , soft plastic dan sebagainya . Namun gewang kegemaran saya ialah deep diver berbibir panjang yang dapat menyelam dalam dengan badan yang bulat montok .
Ini kerana teknik utama memburu Toman di sini ialah dengan sight casting kumpulan anak-anaknya . Kebiasaannya mama dan papanya ada berhampiran , terutamanya jauh di bawah kumpulan anak-anaknya . Selalunya , gewang selaman dalam tidak mengecewakan jika parents baby Toman itu masih lagi ada di kawasan sekitar anak-anaknya .
Persekitaran Sungai Kedah yang sempit , bereba di dasar dan kiri kanan tebingnya serta berarus menambahkan cabaran untuk menaikkan Tomannya , lebihlebh lagi jika ia bersaiz monster !
Kalui Sungai Kedah juga besar saiznya !
Bagi mencari Toman bujang , hanya blindcast ke arah sudut-sudut yang berpotensi sahaja cara yang terbaik dan selalunya ia sangat memeranjatkan apabila secara tibatiba gewang disergap mengejut terutamanya jika menggunakan gewang topwater !
Menurut tekong , aktiviti menoman di sungai ini bermusim dan biasanya ia jatuh antara Januari hingga Mac setiap tahun selepas masa ia mengawan dan boleh kelihatan kumpulan baby Toman yang halus yang biasa mereka akan panggil “ anak serbuk ”.
TOMAN 20LB !
Trip terakhir saya di sini tempohari saya telah berjaya memecah rekod peribadi dengan seekor Queen Toman seberat 20lb . Ia merupakan kenangan abadi bagi saya , bukan sahaja kerana saiznya itu malah cabaran untuk memujuknya dengan pebagai gewang hingga
mengambil masa hampir 2 jam sebelum ia berjaya digoda !
Keadaan sungai yang bereba , sempit dan berarus lagilah menambah kesukaran dan memuncak adrenalin saya hingga ke paras maksimum . Alhamdullillah dengan bantuan tekong , dan peralatan yang saya gunakan terutamanya tali sulam dan perambut fluorocarbon Mayeep , walaupun beberapa kali ia berjaya membelit reba , akhirnya Queen Toman tersebut berjaya juga diriba .
Bagi saya inilah padang pancing Toman tanahair yang terunggul bagi membuat ujian lapangan produk-produk saya ! — @ Pancing
Pertanyaan : TEKONG PUI KENTANG 018-3999 245
06 | Mei 2021 | @ pancing