@Pancing May 2021 | Página 5

“ Sebab itulah perlunya peralatan memancing yang kuat jika berhajat untuk mencuba memancing Toman di Sungai Kedah . Justeru itulah saya akan turun ke sini
3-4 kali setahun hanya untuk menguji tali-tali saya sebelum ianya lulus untuk masuk ke pasaran .”
“ Sebab itulah perlunya peralatan memancing yang kuat jika berhajat untuk mencuba memancing Toman di Sungai Kedah . Justeru itulah saya akan turun ke sini
3-4 kali setahun hanya untuk menguji tali-tali saya sebelum ianya lulus untuk masuk ke pasaran .”
Seekor lagi Toman saiz kasar yang diriba sahabat saya .

RAMAI yang memberi testimoni , jika inginkan pertarungan yang kuat dari spesies ikan Toman , di Sungai Kedah inilah anda dan peralatan pancingan akan diuji hingga ke tahap paling optimum . Mengapa ?

Ini berikutanToman di dalam Sungai Kedah yang hidup di sungai yang sempit dan berarus membuatkan ikan pemangsa ini begitu perkasa dengan otot yang gagah dek kerana sentiasa perlu berenang melawan arus . Ini sangat berbeza berbanding Toman yang habitatnya di perairan yang tenang seperti kolam , lombong dan tasik empangan .
Selain itu persekitaran sungai yang bereba dan sempit memudahkan ikan ini memecut atau membenam mencapai struktur untuk anda terduduk terkesima berputih mata melepas untuk mendaratkannya akibat tali putus atau joran patah . Saiz Tomannya juga bagak-bagak hingga perlu diriba jika ingin bergambar dengannya , bukan boleh dijulang atau diangkat seperti ikan-ikan lain !
Sebab itulah perlunya peralatan memancing yang kuat jika berhajat untuk mencuba memancing Toman di Sungai Kedah . Justeru itulah saya akan turun ke sini 3-4 kali setahun hanya untuk menguji tali-tali saya sebelum ianya lulus untuk masuk ke pasaran .
LOKASI
Sungai Kedah ini panjang dan banyak tempat dihuni Toman , namun lokasi yang menjadi kegemaran saya di sini ialah di Pengkalan Alor Madi di Alor Setar . Kebiasaannya saya akan
Agen Mayeep , Rizal dengan Haruan Sungai Kedah beliau menggunakan jump frog saiz kasar yang asalnya digunakan untuk menggoda Toman .

Saya mengeluarkan produk memancing seperti tali dan perambut jenama Mayeep . Jadi saya memerlukan satu padang pancing dengan penghuninya yang perkasa untuk melakukan ujian lapangan , mana lagi kalau bukan dengan Toman di Sungai Kedah ! menggunakan perkhimatan bot memancing yang dikelolakan oleh Muhammad Helmi bin Mohd Sobri atau lebih glamer dengan nama di Facebook , “ Pui Kentang ”.

Beliau menggunakan bot bersaiz 17 kaki panjang dan 4.5 kaki lebar dengan enjin 15hp . Ianya cukup selesa untuk 2 orang pemancing . Boleh memancing sepanjang hari dengan caj RM250 atau ambil pakej separuh hari dengan harga RM125 .
Lokasi pancingan Toman ini juga amat memudahkan pemancing kerana ia berhampiran Bandaraya Alor Setar . Jadi kemudahan tempat tinggal seperti hotel , homestay dan sebagainya sangat berdekatan . Menjamu selera juga bukan masalah besar , tekong boleh sahaja berhenti belakang restoran dan order makanan dan minuman untuk anda !
Ini juga antara sebab saya gemar ke sini kerana pada masa yang sama saya dapat melakukan mesyuarat dengan agen-agen ANGLER MILLION CLUB bahagian utara dan dapat sekaligus memancing bersama mereka dan menguji produk pancingan saya .
PERALATAN MEMANCING
Oleh kerana Toman di sungai ini terkenal dengan sifat gagah perkasanya , maka set-up peralatan untuk bertarung dengannya juga harus kasar . Rata-rata ramai tekong di sini
@ pancing | Mei 2021 | 05