@Pancing May 2021 | Page 31

Dengan kehebatan era moden sukan dan rekreasi memancing di seluruh pelusuk dunia , Malaysia terus kukuh berada dalam peta memancing antarabangsa . Selain menjadi lokasi gelanggang yang menjadi persinggahan pemancing luar negara , Malaysia juga sudah lama menjadi antara hub penting di Asia Tenggara ( selain Thailand , Indonesia , Vietnam dan China ) sebagai salah satu tempat pengilangan , pengeluaran dan pengedaran barangan memancing jenama-jenama yang terkenal .
“ Dengan kecelaruan penguatkuasaan undang-undang di peringkat atasan bagi mengatasi masalah isu ikan pendatang dan juga kekurangan stok ikan tempatan , pemancing juga perlu lebih peka dan lebih bijak mengatur strategi pemancingan .”

@ Sukan Memancing

AHMAD SABRI HARUN | damarwulander @ yahoo . com / 019-272 3301
Penasihat Kehormat / Penulis Tamu Persatuan Pemancing SeMalaysia ( PPsM )

Perikanan Rekreasi & Undang-Undang

Dengan kehebatan era moden sukan dan rekreasi memancing di seluruh pelusuk dunia , Malaysia terus kukuh berada dalam peta memancing antarabangsa . Selain menjadi lokasi gelanggang yang menjadi persinggahan pemancing luar negara , Malaysia juga sudah lama menjadi antara hub penting di Asia Tenggara ( selain Thailand , Indonesia , Vietnam dan China ) sebagai salah satu tempat pengilangan , pengeluaran dan pengedaran barangan memancing jenama-jenama yang terkenal .

SEIRINGAN dengan kepesatan teknologi maklumat , dunia perikanan rekreasi di Malaysia tidak lagi boleh dipertikaikan kewujudannya . Terdapat beratus atau mungkin juga beribu kumpulan kecil atau besar yang mempunyai hala-tuju yang hampir sama iaitu memartabatkan dan terus mempopularkan sukan dan rekreasi memancing ini . Mereka semua dahagakan cabaran dan pembaharuan serta ilmu memancing sama ada melalui laman sosial ataupun terus dari gelanggang pertarungan di luar sana .

Ini menambahkan kerancakkan ekonomi negara melalui perniagaan barangan dan dengan kepesatan keperluan ini . Pembangunan prasarana serta gelanggang tempatan banyak lagi perlu dibangunkan dan diberikan perhatian dengan lebih mendalam . Juga keperluan mengawal kemasukan dan penternakan spesies ikan asing sebagai ‘ ikan game ’ di kolam-kolam pancing perlu perhatian khusus dan serius !
Kesemua ini perlukan perhatian dan pemantauan dari pihak berwajib dan juga pihak yang menguruskan bahagian undangundang Perikanan Rekreasi seperti Jabatan Perikanan Malaysia , dengan bantuan Jabatan Perhutanan , Jabatan Laut dan banyak lagi agensi yang lain bagi mengurusi isu-isu semasa Perikanan Rekreasi secara umumnya .
Sehubungan dengan itu pada bulan Februari yang lalu , Jabatan Perikanan Malaysia telah mengambil satu langkah ke hadapan dengan mengadakan satu aplikasi yang sangat penting untuk sukan dan rekreasi memancing di Malaysia .
Aplikasi yang diberi nama E-Rekreasi , pada peringkat awal ini beroperasi dengan bertujuan mengumpul data jumlah pemancing secara sistematik dan akan dimajukan dengan lebih lagi pada tahun 2022 nanti dengan banyak lagi maklumat akan disalurkan pada khalayak pemancing .
Ini adalah satu langkah penting sebelum pemancing di Malaysia bersedia untuk dilesenkan dan akan berada di bawah satu penguatkuasaan undang-undang khusus untuk perikanan rekreasi .
( Atas Kiri ) 1 . Spesies ikan sungai pergunungan kita semakin terpinggir . 2 . Masih adakah lagi sinar bagi udang Galah di dalam sistem sungai kita apabila sudah dirajai spesies ika pendatang yang lebih rakus ? 3 . Apakah daya bagi ikan tempatan kita seperti ikan Selat ini apabila bersaing dengan spesies ikan pendatang di dalam habitat semulajadinya ?
“ Dengan kecelaruan penguatkuasaan undang-undang di peringkat atasan bagi mengatasi masalah isu ikan pendatang dan juga kekurangan stok ikan tempatan , pemancing juga perlu lebih peka dan lebih bijak mengatur strategi pemancingan .”
SELECTIVE HARVERSTING
Walaupun sedikit terhad dengan kehadiran Pandemik Covid-19 dan isu pergerakan manusia , Persatuan Pemancing SeMalaysia masih dapat juga pada masa ini memberikan sedikit bantuan maklumat dari sudut sebaran dan pencernaan ilmu yang dapat menjadi paparan dan panduan ringkas untuk khalayak pemancing Malaysia melalui laman sosial Facebook dan Majalah @ Pancing ini .
Laman sosial yang terus menjadi platfom utama seperti YouTube dan Facebook menjadi pilihan utama pada ketika ini bagi majoriti komuniti pemancing tegar . Berpuluh-puluh video memancing yang baru disiarkan setiap hari oleh ‘ Youtubers ’ dan berbagai-bagai jenis spesies ikan dipancing serta banyak gelanggang di darat dan di laut dijelajahi setiap minggu .
Ini menunjukkan bahawa situasi di gelanggang pancing kian kritikal sekiranya tidak dipantau atau dijaga dengan baik oleh pemancing itu sendiri . Bagi mereka yang gemar duduk memancing di kolam pancing , isu kekurangan stok ikan rasanya tidak menjadi masalah langsung , ( kecuali ikan tak makan umpan waktu di kolam ).
Namun bagi mereka yang lebih gemar dengan aksi gelanggang semulajadi , isu kekurangan stok spesies tempatan serta isu ikan pendatang ( IAS – Invasive Alien Species ) yang semakin mengancam populasi spesies tempatan terus menghantui hari demi hari .
Dengan kecelaruan penguatkuasaan undang-undang di peringkat atasan bagi mengatasi masalah isu ikan pendatang dan juga kekurangan stok ikan tempatan , pemancing juga perlu lebih peka dan lebih bijak mengatur strategi pemancingan .
Pemancing kini lebih perlu mengamalkan ‘ Selective Harvesting ’ atau hanya mengambil / membawa pulang hasil tangkapan yang perlu sahaja . Pemancing perlu lebih memahami tentang konsep ini dan sebenarnya pembaziran mampu dielakkan sekiranya betul jalan pelaksanaannya .
Kepada mereka yang tidak mahu atau tidak begitu setuju dengan konsep ‘ tangkap-lepas ’, terpulanglah kepada anda dan pendirian anda . Tiada paksaan atau tiada undang-undang yang dikuatkuasakan buat masa ini bagi ‘ Selective Harvesting ’ atau ‘ Tangkap-Lepas ’ ini . Tangkapan anda masih lagi milik anda .
Kesemua ini adalah cadangan penulisan sahaja , namun amalan-amalan beretika ini boleh diikuti sekiranya kita mahu melihat spesies ikan asal kita terus berada di perairan tempatan dengan jayanya seperti sungaisungai di Sabah dengan kehebatan konsep Tagal mereka di sana .
Andaikata kita masih tersenyum dengan kehebatan memancing Amazon Redtail Catfish di Sungai Perak atau masih gah menatang dan memeluk ikan Asian Redtail Catfish di Sungai Selangor tanpa rasa peduli memikirkan dari mana datangnya ikan-ikan spesies pelahap ini , terpulanglah .
Mungkin ikan Rong , Sia , Ketutu , Lampam , Kerai , Tengalan , Udang Galah dan ratusan lagi spesies ikan tempatan sedang mengeluh dengan kehadiran lebih dari 40 jenis IAS ini di perairan Malaysia pada waktu ini . Kita mesti terus fikirkan dan bertindak jika mahu terus merasai kehadiran ikan-ikan tempatan ini di dalam gulai masakan bonda atau isteri anda ! — @ Pancing
Pelancaran pelan baru NATIONAL ACTION PLAN on INVASIVE SPECIES 2021-2025 oleh Jabatan Pertanian Malaysia , diharap menjadi pemangkin kepada penyelesaian jangka panjang isu IAS ini .
Info Malaysia Biodiversity Information System – MyBis : https :// m . facebook . com / story . php ? story _ fbid = 281204907567 5526 & id = 1389580021255779
@ pancing | Mei 2021 | 31