@Pancing May 2021 | Page 3

MENARIK DI ISU HADAPAN !

Bicara Editor ...

ASSALAMMUALAIKUM WRT .
NAMPAK gayanya dengan kes peningkatan kes positif Covid- 19 , tahun ini besar kemungkinan kita semua tidak akan dapat beraya sekali lagi ke kampung halaman . Bagi mereka yang kampungnya sama negeri tentunya tidak bermasalah . Namun bagi mereka yang tidak sama seperti saya sememangnya tidak akan dapat merentas negeri .
Nasib baik saya sekeluarga sempat balik ke kampung sebelum PKP terbaru ini bermula tempohari , dapatlah juga menjenguk mak di kampung . Tetapi mungkin ada juga yang tidak sempat langsung sejak dari PKP tahun lepas , mungkin juga kesempitan wang dan masa mereka tidak dapat berbuat sedemikian .
Inilah senario yang terpaksa kita semua hadapi pada masa sekarang hinggakan nak hantar anak-anak ke sekolah juga menjadi serba salah apabila timbulnya kes Covid-19 di sekolah mereka . Ini amatlah kita fahami untuk memutuskan rantaian pandemik ini . Namun pada masa yang sama saya juga terfikir , tidak bolehkah kita semua satu negara berhenti seketika dari apa-apa hanya untuk tempoh lebih kurang dua minggu sahaja duduk rumah untuk mencapai objektif tersebut ?
Entahlah mungkin buah fikiran ‘ orang atasan ’ ini berlainan .
Berbalik kepada aktiviti pancingan yang terbantut sejak dari awal tahun ini . Terus terang saya akui gian dalam diri sudah tahap ‘ gaban ’. Sempat juga menjenguk rumah jeti
seorang sahabat di Sepang sebelum puasa baru-baru ini , terasa macam ‘ bodoh ’ pula memancing apabila rasa kekok nak menyembat joran hingga terlepas beberapa strike yang padu . Berjemur sekejap juga belakang badan naik pedih sampai berbisa . Hah itulah penangan bila dah jarang-jarang sangat memancing !
Sememangnya saya merasa amat tidak sabar untuk merentas negeri bukan sahaja untuk menjenguk ibu di kampung , malah untuk pergi memancing ke lokasi-lokasi kebiasaan yang saya turun di luar dari Kuala Lumpur . Apa khabar agaknya situasi lubuk-lubuk yang telah dipendam buat sekian lama . Moga-moga penghuninya bertambah banyak akibat kurang diganggu gugat manusia !
Saya tidak suka memikirkan perkara yang negatif . Bagi saya duduk di rumah semasa berpuasa ini dapat melakukan ibadah bersama keluarga sama seperti tahun lepas apabila ketua keluarga sendiri harus mengimamkan solat Tarawih sendiri dan mengajar isteri dan anak-anak mengaji Al-Quran . Ia banyak mengajar saya tentang hal ehwal bertangungajawab dalam bab beragama .
Selain itu berhari raya bersendirian bersama keluarga kecil saya ini banyak mengajar supaya kami berdikari terutamanya untuk melengkapkan juadah berhari raya seperti ketupat , lemang , rendang , serunding , lodeh , kuah kacang dan kuih muih yang kebiasaannya dilakukan dalam keadaan semua ahli keluarga besar yang lain berhimpun dan berkumpul bersama-sama .
Satu lagi perkara positif sepanjang berpuasa dan berhari raya tahun ini ialah tidak ada keperluan berbelanja sakan di pasar Ramadan , pakaian raya baru , bertukar perabut , duit raya semasa kunjung mengunjungi dan sebagainya kerana
hakikatnya kita hanya duduk rumah sahaja raya ini … Selamat Hari Raya Aildilfitri ! Salam Kasih & Mesra .
Editor , Faiz Karim
“ Berbalik kepada aktiviti pancingan yang terbantut sejak dari awal tahun ini . Terus terang saya akui gian dalam diri sudah tahap ‘ gaban ’. Sempat juga menjenguk rumah jeti seorang sahabat di Sepang sebelum puasa baru-baru ini , terasa macam ‘ bodoh ’ pula memancing apabila rasa kekok nak menyembat joran hingga terlepas beberapa strike yang padu . Berjemur sekejap juga belakang badan naik pedih sampai berbisa . Hah itulah penangan bila dah jarang-jarang sangat memancing ! Sememangnya saya merasa amat tidak sabar untuk merentas negeri bukan sahaja untuk menjenguk ibu di kampung , malah untuk pergi memancing ke lokasi-lokasi kebiasaan yang saya turun di luar dari Kuala Lumpur . Apa khabar agaknya situasi lubuk-lubuk yang telah dipendam buat sekian lama . Moga-moga penghuninya bertambah banyak akibat kurang diganggu gugat manusia !”
MENARIK DI ISU HADAPAN !
Pancing Layang Lautan Hindi

Editorial

EL Law | Group Managing Director cum Founder ellaw @ revonmedia . com Kay Mathy | Penerbit kaymathy @ revonmedia . com Law Beng Chee | CEO / EIC bclaw @ revonmedia . com
| PLATFORM DUNIA PANCINGAN ANDA |
Faiz Karim | Editor faizkarim @ revonmedia . com A . Azam | Pengarah Kreatif a . azam @ revonmedia . com Yeoh Kok Tat | Wakil Pengiklanan Bhg . Utara | yeohkoktat @ gmail . com A . Sabri Harun | Wakil Pengiklanan fishworkssolution @ gmail . com Mohd Hazrul Rabu | Media Specialist mohdhazrulrabu1976 @ gmail . com
Diterbitkan oleh : Revon Media Sdn Bhd Revongen Corporation Centre Level 17 , Top Glove Tower , No . 16 , Persiaran Setia Dagang , Setia Alam , Seksyen U13 , 40170 Shah Alam , Selangor Darul Ehsan , Malaysia . Tel : + 6 03 3359 1166 Fax : + 6 03 3358 0303
Siakap Merah Pembuli Muara
Publishing Permit No : PP19522 / 10 / 2019 ( 035129 )
Dicetak oleh : Percetakan Osacar Sdn . Bhd . No . 16 , Jalan IDA 1A , Industri Desa Aman , Kepong , 52200 Kuala Lumpur , Malaysia . Tel : + 603-6279 9474 / + 603-6263 1856 Fax : + 603-6280 6802
@ pancing | Mei 2021 | 03