@Pancing May 2021 | Page 27

“ Bagaimana pula beberapa kes Kelisa rabut sebelum dapat di sauk ? Adakah kami patut datang lagi ke Tasik Labong ini untuk mencuba nasib ketika keadaan air yang sedikit rendah ? Perkara ini sentiasa berlegar dalam kepala kami .”
“ Bagaimana pula beberapa kes Kelisa rabut sebelum dapat di sauk ? Adakah kami patut datang lagi ke Tasik Labong ini untuk mencuba nasib ketika keadaan air yang sedikit rendah ? Perkara ini sentiasa berlegar dalam kepala kami .”
Toman di pancing di teluk dekat kemah pada petang hari pertama oleh Zal .
Jika lubuk berkenaan ada Toman , jarang ia menolak apabila disuakan gewang .
Gewang warna hijau berbelang putih atau kuning di bawahnya adalah kesukaan Kelisa . Namun ia tidak bemakna Toman menolaknya ! tentang ikan yang berjaya melepaskan diri terutamanya Kelisa . Memandangkan esok selepas tengahari kami akan keluar , ada yang bercadang nak buat perjalanan yang agak jauh untuk mencari Kelisa . Saya kalah undi lagi dan kena jadi penunggu kemah .
SELEPAS SUBUH
Pagi-pagi buta selepas Subuh dan bersarapan , kawan-kawan sudah menghilangkan diri . Sebelum tu ada juga yang sempat mendapatkan dua ekor Toman berhampiran kemah sahaja . Pagi-pagi buta di kala keadaan cuaca yang hening ikan memang sibuk mencari makan agaknya . Apabila ternampak gewang tergedik-gedik lalu di kawasan serang hendapnya , terus saja diserangnya dan kena . Sekejap saja dah kena sauk !
Sayangnya Kelisa masih menyepikan diri . Adakah kerana air yang tinggi menyebabkan kawasan buruan Kelisa semakin meluas dan peluangnya menyerang gewang semakin kurang ? Bagaimana pula beberapa kes Kelisa rabut sebelum dapat di sauk ? Adakah kami patut datang lagi ke Tasik Labong ini untuk mencuba nasib ketika keadaan air yang sedikit rendah ? Perkara ini sentiasa berlegar dalam kepala kami .
Toman ini lebih berhati-hati untuk menyerang semula gewang .
Kadang kala bunga atau apa saja yang cantik dan pelik yang kita jumpa dalam hutan bukan untuk dibawa balik ya .
Bunga yang tumbuh di pangkal pokok .
LOKASI SASARAN
Setelah semua keluar , saya tinggal seorang di kemah . Salah satu enjin bot gagal dihidupkan sampai ke sudah dan bot terpaksa saya dayung . Peluang tinggal seorang ini saya gunakan untuk casting di lokasi dua ekor Toman kantoi pada pagi tadi , tapi haram tiada sambutan .
Saya mencuba pula casting di tempat Zal dapat Toman semalam , tetapi lontaran gewang saya tidak berjawab sampai ke sudah . Akhir nya saya balik ke kemah memasak apa yang patut sebab apa bila kawan-kawan saya balik dari memancing nanti , benda pertama yang akan mereka cari nanti ialah air , yang kedua tentulah makanan !
KURANG BAIK
Kawan-kawan saya balik ke kemah dalam pukul satu setengah tengahari . Bot yang tidak berenjin terpaksa ditarik kerana lokasinya agak jauh dari kemah . Setelah makan , kami mula memunggah barang masuk ke dalam bot dan memulakan perjalanan pulang . Nasib kurang baik kerana setelah hampir dengan kenderaan , hujan turun dengan lebat dan kami tepaksa memuat barang dan mengikat bot dalam hujan lebat ! — @ Pancing
@ pancing | Mei 2021 | 27