@Pancing May 2021 | Page 26

Tak lama keluar pada pagi hari kedua Toman ini sudah menggena . tangkapan yang terbaik iaitu Kelisa . Habis gewang bentuk ikan dan serangga keluar dari kotak umpan dan melayang ke segenap pelusuk lokasi di mana Kelisa dijangka bersembunyi .
Yang sedapnya beberapa kali gewang di ‘ sergap ’ Kelisa tapi ikan dapat melepaskan diri setelah membuat lompatan ‘ akrobatik ’ beberapa kali . Bertambah ummph lagi ada kes Kelisa dah ditarik sampai ke tepi bot tapi tak sempat disauk ia berjaya melepaskan diri dan mata kail gewang ternganga . Aduhai ...
Tidur di tempat yang ala kadar sahaja .
HARUAN
Ada juga rakan yang berjaya memancing dua ekor Haruan di sini . Ingatkan Toman yang menghentam gewang , rupanya lain . Bila dikaji selidik balik baru kami sedar bahawa lokasi lontaran gewang iaitu berhampiran kawasan bersemak adalah habitat Haruan . Jadi tak hairanlah jika ikan ini lebih gemar bersembunyi di kawasan sebegitu untuk memudahkannya menyerang hendap manganya selain bersembunyi dari pemangsa yang lebih kuat dan besar iaitu Toman .
Malamnya kami menghabiskan masa di kemah saja sambil mengunyah apa yang ada . Sambil itu ada yang buat ‘ post-mortem ’
26 | Mei 2021 | @ pancing