@Pancing May 2021 | Page 23

“ Di spot baru ini kami mula berjaya mendapat perhatian dan tarikan sotong . Bermula dengan agak perlahan , kami akhirnya mendapat ' serangan ' bertubitubi dari kumpulan sotong . Saiz sotong yang panjang lengan memberi tarikan yang kuat dan mampu membuat drag berbunyi !”
TUKAR SET
Selain sotong , ikan sasaran kami ialah Ebek , Sagai , Jenahak atau Kerapu sekiranya ada dan ikan-ikan lauk lain kerana kami tidak lagi jadi ke spot asal ke kapal karam . Set memancing kami ditukar ke jenis spinning bersaiz 3000 hinggalah 4000 .
Namun , ada di antara kami membawa set kekili elektrik untuk cuba mencari ikan besar . Mata kail bersaiz 2 / 0 dengan perambut 40lb panjang sedepa disasarkan untuk ikan-ikan lauk bersaiz 1 ke 2kg , manakala mata kail bersaiz 5 / 0 ke 6 / 0 digunakan untuk menjerat ikan yang lebih kasar . Untuk malam , perambut 80lb digunakan , manakala siangnya maksima 60lb dengan panjang 2 ke 3 depa . Umpan ialah sotong yang dicandat .
CANDAT
Kami tiba awal pagi dan mempunyai cukup masa untuk rehat . Bot yang ditempah siap dengan pakej makan dan minum itu hanya akan bertolak kira-kira jam 5pm . Kami mula bertolak dalam keadaan mendung dan angin yang mula turun . Bot terpaksa bergerak perlahan untuk melawan ombak . Hampir 3 jam juga baru tiba di spot sotong dan hari telah pun gelap .
Masing-masing mula menurunkan candat setelah spotlight dihidupkan . Ketika ini sotong agak sukar diperolehi , cuma sesekali sahaja . Tekong melepaskan tali dalam 5 depa untuk mengubah sedikit kedudukan . Keadaan di laut seperti pesta lampu kerana kami dikelilingi oleh bot-bot yang sama tujuannya dengan kami juga iaitu mencandat sotong . Terdapat beberapa sampan bersaiz sederhana turut serta . Risau juga ketika melihat akan saiznya itu . Cahaya lampu di darat juga agak jelas kelihatan .
Di spot baru ini kami mula berjaya mendapat perhatian dan tarikan sotong . Bermula dengan agak perlahan , kami akhirnya mendapat “ serangan ” bertubi-tubi dari kumpulan sotong . Saiz sotong yang panjang lengan memberi tarikan yang kuat dan mampu membuat drag berbunyi !
KANDANG
Riuh rendah jadinya apabila kami tidak lagi mengunjun candat tetapi hanya melepaskan sahaja candat sambil menunggu sotong menyambutnya . Barulah kami faham apa itu kandang sotong kerana sebelum ini hanya diberitahu secara lisan sahaja . Kini kami merasainya dan berada tepat di kawasannya !
Keriuhan kami mendapat perhatian botbot lain yang tidak jauh dari situ . 2 buah bot mula menghampiri kawasan kami untuk mencuba nasib . Namun mereka mungkin tersasar sedikit dari kawanan sotong tersebut kerana hasil tidak segalak kami . Sesekali sotong senyap , tetapi ianya hanya dalam lingkungan 20 minit ke 30 minit sahaja sebelum menyambung serangannya semula .
Hujan turun pada jam 1.00 pagi . Agak lebat dan masing-masing mula lari ke dalam perut bot . Hanya 3 orang sahaja sanggup mencandat dalam keadaan hujan dan sejuk , namun masih bertuah kerana mendapat sambaran walaupun tidak berapa galak . Ketika hujan reda kira-kira jam 2.30 pagi , kami sempat menyambung candat sebelum semuanya senyap ketika menghampiri 4.30 pagi .
Rasanya kami telah mendapat lebih dari 50kg sotong pada ketika itu . Sotong ‘ bersaiz umpan ’ disimpan di dalam tangki umpan hidup . Ramai yang telah tidur ketika ini bagi
Dr . Faisal membuka tirai .
Ikan Landok dari kawasan tukun .
“ Di spot baru ini kami mula berjaya mendapat perhatian dan tarikan sotong . Bermula dengan agak perlahan , kami akhirnya mendapat ' serangan ' bertubitubi dari kumpulan sotong . Saiz sotong yang panjang lengan memberi tarikan yang kuat dan mampu membuat drag berbunyi !”
@ pancing | Mei 2021 | 23