@Pancing May 2021 | Page 22

Sentiasa redha akan perancangan Allah SWT membuatkan golongan pemancing tidak rasa kerugian apabila trip yang telah diprogramkan berbulan-bulan bertukar sebaliknya .
SINAR DI SEBALIK CUACA TIDAK MENENTU

@ Air Masin

AMIR SHAKIB M . JAFFAR | amirshakib72 @ yahoo . com
Yu Kemejan milik Faiz yang memberi pertarungan sengit !

Sentiasa redha akan perancangan Allah SWT membuatkan golongan pemancing tidak rasa kerugian apabila trip yang telah diprogramkan berbulan-bulan bertukar sebaliknya .

PERANCANGAN asal untuk memancing jauh ke tengah laut ke kawasan kapal karam dalam lingkungan 6 ke 7 jam perjalanan terpaksa dibatalkan atas sebab kemungkinan ribut melanda berdasarkan situasi terkini di Pantai Timur pada ketika trip ini dilakukan .

Kami mendapat berita ini 2 hari sebelum trip . Namun pihak bot berkata risikonya agak kurang jika meminda pelan asal kepada memancing di lubuk ‘ darat ’ yang mana lebih kepada mencandat di waktu malam dan memancing di sekitar karang dan tukun berdekatan pada siang harinya . Sekiranya cuaca betul-betul tidak baik , sekurangkurangnya tidak terlalu jauh untuk balik ke jeti .
TEKONG
Kami bersetuju sahaja memandangkan masing-masing sudah lama tidak mencandat . Kami menggunakan candat Yozuri serta Hayabusa ( jenis lidi ) seperti yang disarankan oleh tekong bot . Bot pilihan pada kali ini ialah bot ' Tok Imam ' di pengkalan nelayan Kemasin , Kelantan . Kini bot tersebut dikendalikan oleh anak-anaknya sahaja .
Tok Imam yang saya telah kenali sejak dari tahun 2009 banyak berehat sahaja ketika ini , hanya sesekali sahaja ke laut . Kami juga membuat tempahan homestay melalui bantuan tekong bot memandangkan kami datang dari jauh dan memerlukan rehat secukupnya .

Rezeki Ribut Kemasin

SINAR DI SEBALIK CUACA TIDAK MENENTU
Ikan Tenok milik saya !
22 | Mei 2021 | @ pancing