@Pancing May 2021 | Page 20

Isu ini saya buka akaun pancingan waggler pula setelah memberi tumpuan kepada pancingan feeder dan pole pada isu-isu yang lepas . Walaupun teknik pancingan waggler ini sudah berkurun lamanya dan popularitinya sedikit terjejas akibat dua teknik yang lain tersebut , pada penghujung artikel ini , anda sendiri boleh memutuskan adakah metod ini kekal relevan ataupun sebaliknya .

@ Coarse Fishing

Tengku Izzudin @ Guv ’ nor | tizzudin @ gmail . com

Intro Pancingan Waggler

Isu ini saya buka akaun pancingan waggler pula setelah memberi tumpuan kepada pancingan feeder dan pole pada isu-isu yang lepas . Walaupun teknik pancingan waggler ini sudah berkurun lamanya dan popularitinya sedikit terjejas akibat dua teknik yang lain tersebut , pada penghujung artikel ini , anda sendiri boleh memutuskan adakah metod ini kekal relevan ataupun sebaliknya .

Ikan bersaiz sedang memang best dilayan dengan pancingan waggler !
Pelbagai bentuk waggler dari segi panjang , hujung dan kapasiti .

SAYA akan huraikan bentuk dan ciriciri fizikal waggler itu sendiri serta kegunaannya dan juga beberapa kelebihan dan kekurangan teknik ini .

Pancingan waggler jatuh di bawah kategori pancingan berpelampung . Nama ‘ waggler ’ itu sendiri merujuk kepada sejenis pelampung yang berbentuk lurus dan panjang seperti sebatang straw atau sebatang pencil yang disambungkan pada tali utama di bawahnya .
Peralatan yang sesuai dipadankan dengan waggler ini adalah joran ‘ float ’ atau ‘ match ’ panjang antara 10 – 12 kaki bersama kekili bersaiz sederhana dengan tali mono antara 4 – 6lb .
CIRI-CIRI FIZIKAL
Waggler biasa mempunyai 3 bahagian iaitu hujung , batang dan mata . Hujungnya berwarna terang bagi memudahkan anda untuk melihatnya secara visual , batangnya bergantung kepada perairan yang kita pancing manakala mata adalah tempat dimasukkan tali utama .
Bahan tradisional pelampung waggler merupakan batang bulu merak ( peacock quill ), pernah juga saya menjumpai pelampung lama yang dibuat dari duri Landak , tetapi memandangkan peacock quill masih lagi digunakan ke hari ini ia menunjukkan betapa sesuainya bahan ini sebagai batang pelampung waggler . Dewasa ini , banyak juga jenama yang menghasilkan waggler dari plastic yang turut mendapatkan tempat dalam tackle box pemancing coarse .
NOMBOR
Apabila anda melihat pada waggler , pasti akan perasan terdapat nombor-nombor yang tertera . Ini merujuk kepada kapasiti pemberat yang boleh ditampung oleh pelampung tersebut untuk berdiri tegak di dalam air sehingga hanya hujungnya sahaja yang timbul di atas permukaan air . Nombor-nombor seperti 5AAA , 2SSG , 5no4 dan sebagainya merujuk kepada jumlah dan saiz batu kapit ( split shot ) yang disyorkan untuk digunakan .
Apakah faktor-faktor yang melibatkan kelainan kapasiti waggler ?
• Pertama , adalah kedalaman air , lebih dalam , lebih besarlah kapasiti pelampung .
• Kedua , adalah jarak pancingan , kapasiti yang besar memudahkan anda membuat lontaran yang lebih jauh .
• Ketiga , faktor persekitaran , sekiranya berangin , berarus dan cuaca yang kurang ideal , maka kapasiti yang besar adalah lebih sesuai . Apabila berkapasiti besar , maka bertambahlah juga beratnya dan secara langsung menjadikan pelampung itu lebih stabil . Akan tetapi , pertambahan pemberat pula boleh menjejaskan sensitiviti pelampung tersebut , maka keseimbangan perlu dicari .
Dari segi bentuk , terdapat beberapa variasi untuk pelbagai jenis kegunaan .
• Paling asas adalah straight peacock waggler , memang lurus sahaja bentuknya .
• Kemudian ada insert waggler , yang hujungnya lebih nipis bagi mengenal pasti gigitan ikan yang lebih sensitif .
• Seterusnya bodied waggler iaitu seumpama mempunyai badan yang lebih besar .
• Akhirnya pre-loaded ataupun pemberat yang telah tersedia dipasang pada pelampung .
Sekali lagi , satu bentuk kompromi dari segi
20 | Mei 2021 | @ pancing