@Pancing May 2021 | Page 18

karauan handle separuh pusingan setiap pitch , tujuannya adalah untuk memastikan jig saya rapat dengan dasar dan berharap ianya sentiasa berada dalam strike zone .
Ketukan demi ketukan saya lakukan pada permukaan dasar dan tiba-tiba satu ragutan kasar menyebabkan joran saya melengkung serta tali utama meluncur laju keluar dari kekili . Jantung berdegup laju sambil fikiran saya dihantui perasaan ingin tahu apakah spesies ikan yang meragut jig saya , adakah Boron idaman atau spesies ikan lain ?
Pertarungan mengambil masa lebih kurang 6 minit dan akhirnya tanda tanya telah terjawab apabila seekor lagi Boron terapung di permukaan air . Dua ekor Boron di garisan lubuk yang sama memberikan harapan kepada ahli trip yang lain . Ulangan demi ulangan drift dilakukan , namun jig-jig terus sepi tidak bersambut lagi .
TUKAR LUBUK
Setelah sunyi di lubuk Boron tersebut , skipper menukar lokasi , perjalanan ke lubuk seterusnya mengambil masa lebih kurang 30 minit . Sebaik sampai , kelihatan di skrin fish finder memaparkan terdapat tompokan karang di bawah bot . Arus laut yang agak perlahan membolehkan kami menggunakan jig berat antara 100 ke 150g . Teknik jigging perlahan dan jigging pantas menjadi pilihan kami , namun jig masih tiada sambutan .
Skipper mengulangi drift di garisan yang sama dan akhirnya jig Kharil yang diketuk pada dasar laut diragut ganas dan kembali memberi semangat kepada kami . Tersenyum lebar beliau apabila berjaya mendaratkan Siakap Merah laut dalam !
SURAM
Keadaan laut yang sebelum ini berarus kini ‘ mati ’, bot hanya dihanyutkan oleh tiupan angin laut yang mengusap lembut tubuh kami yang disinari kepanasan terik mentari . Suasana agak suram ketika itu , ikan tidak mahu ' membuka mulut ' mungkin kerana laut yang tidak berarus . Kami mengambil kesempatan ini untuk menjamah bekalan yang dibungkus pada sebelah pagi tadi .
Sambil makan sempat juga kami berbincang dan berkongsi ilmu jigging perlahan bersama skipper dan ahli trip yang lain . Skipper sangat pemurah dan tidak lokek ilmu , tips yang diberi akan digunakan untuk lubuk yang bakal kami kunjungi selepas makan nanti .
STRIKE BERTUBI-TUBI
Perjalanan ke lokasi seterusnya mengambil masa lebih kurang 40 ke 50 minit . Sebaik sahaja sampai , laut sudah kembali berarus dan ini memberikan kami potensi yang tinggi untuk strike .
Seperti mana yang diharapkan , sesi kedua sangat memberangsangkan apabila kami dihidangkan dengan double strike . Jig yang diketuk ke dasar oleh Wak Jul dan Arif disambut serentak , aksi pertarungan bertambah mendebarkan apabila tali utama milik mereka berdua bersilang antara satu sama lain . Dengan mengalaman yang mereka ada , keadaan kembali dapat dikawal dan akhirnya dua ekor Jenahak berjaya dinaikkan !
Skipper mengulangi berhanyut di tempat yang sama dan kali ini Ammar pula berjaya mendaratkan seekor Tongkol yang bersaiz kasar . Melihat keadaan tersebut kami menukar teknik jigging kami dengan pitch dilakukan pada bahagian pertengahan air kerana ikan Tongkol kebiasaannya memburu di pertengahan dan di permukaan air . Ternyata pertukaran teknik tersebut berhasil apabila seekor Tenggiri meragut jig Iwan .
Memandangkan mendapat sambutan yang menggalakkan dari penghuni dasar , ulangan drift di garisan yang sama dilakukan lagi . Fadzil yang sebelum ini hanya diam membisu tiba-tiba menjerit apabila joran beliau melengkung ke permukaan air sambil kekili memuntahkan tali tanpa henti . Aksi pertarungan mengambil masa hampir 7 minit , namun kelibat pembaham jig beliau masih belum kelihatan .
Siakap Merah yang menyambar jig yang diketuk di dasar oleh Kharil .
Ammar dengan Tongkol saiz kasar yang telah membaham jig miliknya di pertengahan air .
Tenggiri yang berjaya dijulang oleh Iwan dalam trip kami kali ini .
Aruan Tasik juga tersenarai dalam hasil tangkapan kami apabila ianya membaham jig milik Fadzil .
Keseluruhan hasil ‘ Jigging Perlahan ’ Tanjung Karang . 30 ekor ikan berjaya kami perolehi dengan Kerapu pelbagai saiz telah mendominasi hasil tangkapan kami kali ini !
Aksinya bertambah liar apabila si peragut menggunakan taktik kotor dengan mengelilingi bot untuk melepaskan diri . Melihat situasi tersebut kami memberi laluan kepada beliau untuk terus bertarung dan akhirnya seekor Aruan Tasik berjaya didaratkan !
KERAPU SAIZ SEDERHANA
Setelah mendapat sambutan yang bertubitubi , akhirnya suasana kembali suram , dua kali drift tiada sebarang sambutan , skipper berpindah ke lubuk lain pula . Menurut beliau lubuk kali ini dasarnya terdapat karang dan dihuni oleh Kerapu yang saiznya sesuai untuk hidangan .
Mendengar itu kami menukar strategi dengan mempertaruhkan jig yang berprofil lebih leper agar jig yang diketuk ke dasar lebih banyak aksi apabila kami melakukan “ pitch and drop ”.
Ternyata strategi kami berhasil apabila jig milik Ajib disambut oleh seekor Kerapu . Ulangan demi ulangan drift dilakukan dan keseluruhan Kerapu yang berjaya diperolehi dari lubuk tersebut menjadi belasan ekor dengan saiz purata 1 kg setiap seekor .
Keasyikan melayan ragutan dari Kerapu saiz sederhana dari lubuk ini menyebabkan kami terlupa yang mentari sudahpun condong ke ufuk barat . Tibalah masa untuk pulang dengan rasa riang gembira ! — @ Pancing
Pertanyaan : SKIPPER FAUZI 019-997 5357
18 | Mei 2021 | @ pancing