@Pancing May 2021 | Page 17

MISI kami kali ini adalah untuk memancing Boron iaitu panggilan kepada ikan Kerapu bersaiz besar dengan teknik jigging perlahan . Penggunaan peralatan yang sesuai dengan target adalah sangat penting , oleh yang demikian kami memilih joran berkekuatan PE2-4 , manakala kekili dimuatkan dengan tali sulam PE2-4 seperti mana yang disyorkan oleh spesifikasi joran .

Sekiranya Boron tidak mahu membuka mulut , kami telah menyediakan pelan kontingensi dengan joran PE1-3 untuk ikan sasaran yang lebih kecil atau spesies pelagik . Jig antara 150 hingga 330g dari pelbagai jenama , warna dan bentuk menjadi taruhan kami untuk memujuk Boron membuka mulut . Manakala jig 30 hingga 150g akan dipertaruhkan untuk spesies ikan pelagik .
BORON PEMBUKA TIRAI
Lokasi lubuk pertama mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit dari jeti dengan kekuatan dua enjin berkuasa 200hp . Sebaik sahaja enjin bot dimatikan saya sempat melihat paparan fish finder dan kelihatan banyak struktur di lantai laut . Kedalaman air ketika itu lebih kurang 60m dan kebanyakan dari kami menggunakan jig seberat 200 hingga 250g .
Dua kali drift di garisan lubuk yang sama , namun masih belum mendapat ragutan dari mana-mana penghuni dasar . Drift kali ketiga telah mengubah segalanya , kepingan jig milik Arif telah diragut ganas oleh penghuni dasar . Pertarungan lebih kurang 5 minit berakhir dengan tumpasnya Boron pertama yang secara tidak langsung menjadi pembuka tirai trip kali ini !
Susulan dari keberhasilan tersebut , skipper telah mengulangi drift di garisan yang sama untuk kali keempat pula . Drift kali ini saya melakukan pitch yang lebih rendah dengan
Arif bersama Boron pembuka tirai trip jigging perlahan kami di Tanjung Karang .

“ Jig antara 150 hingga 330g dari pelbagai jenama , warna dan bentuk menjadi taruhan kami untuk memujuk Boron membuka mulut . Manakala jig 30 hingga 150g akan dipertaruhkan untuk spesies ikan pelagik .”

Double strike dari Wak Jul dan Arif menyebabkan suasana di atas bot menjadi haru-biru .
@ pancing | Mei 2021 | 17