@Pancing May 2021 | Page 14

“ Udang panjang lengan barulah kategori Jenggo !” kata Jabrul .
Satu mata kail untuk satu perambut ( kiri ) dan 2 mata kail selari untuk satu perambut ( kanan ).
antara pasang dan surut dan surut ke pasang . Ketika air mati kurang menjadi mungkin kerana udang tidak tertumpu di satu-satu kawasan akibat arus yang perlahan .
PERALATAN
Oleh kerana Sungai Pahang adalah satu sistem sungai yang besar , maka volum airnya juga besar . Jadi peralatan memancing udang tidak sesuai digunakan set ultra light . Ini bukan kerana tarikan udangnya kuat , tetapi lebih kepada untuk mengadap keadaan arus sungai yang laju .
Jadi joran panjang antara 5 ke 6 kaki berkekuatan 4-10 , 6-12 dan 8-15lb jenis halus terutamanya di bahagian hujungnya ( tip ) untuk sensitiviti terhadap getuan udang yang lembut adalah yang terbaik digunakan .
Kekili spinning saiz 500 atau 1000 sudah memadai dan diisi dengan tali braided antara 4-12lb . Perambut pula antara 6-12lb jenis fluorocarbon atau mono . Jika dasar berpasir saya lebih gemar guna perambut fluorocarbon kerana ia boleh rapat ke dasar ( sifatnya lebih tumpat dari air ). Jika dasar dipenuhi dedaunan atau ranting , saya akan tukar ke perambut tali mono kerana ia sedikit terapung dan berbuai di arus .
PERAMBUT & UMPAN
Kebiasaannya saya akan menyediakan perambut yang siap diikat . Ini untuk mengelakkan pembaziran masa jika asyik mengikat perambut baru di atas bot akibat memancing di kawasan bereba .
2 jenis perambut akan saya gunakan . Pertama perambut tunggal sepanjang sejengkat atau satu setengah jengkal sama ada diikat satu mata kail atau dua mata kail selari . Satu
Perhatikan lubuk udang di belakang Kairi , kawasan bereba banat , nak udang kenalah rajin layan sangkut .
Adik Aariz Daniel gemar ikut papanya mancing udang . Jika bawa anak kecil pastikan life jacket sentiasa dipakai untuk keselamatan dan pakaian bersesuaian seperti topi lebar untuk mengelakkan panas terik .
Mamat dengan Jenggonya .
mata kail untuk satu perambut akan digunakan jika kawasan labuhan umpan bereba untuk meminimakan sangkut . Jika kawasan pancing kurang bereba saya akan menggunakan 2 perambut bagi memaksimumkan peluang tangkapan .
Mata kail jenis lengkar lebar ( wide gap ) yang biasa digunakan untuk udang Galah saiz antara no . 1 hingga 5 dan ini bergantung kepada jenis umpan yang saya gunakan . Ladung hidup bentuk buah Kana saiz 4-6 bergantung kepada kekuatan arus .
Umpan terbaik di perairan Pekan ini ialah
Cara mencangkuk udang beras di mata kail .
Telur baru ( kiri ) dan telur yang sudah matang ( kanan ).
anak-anak udang ( udang Beras ) yang disauk di tebing sungai . Selain itu boleh sahaja guna umpan cacing tanah dan perumpun halus . Janji stok pelbagai jenis umpan ini ada kerana kadang kala anda perlu sentiasa bertukartukar umpan mengikut selera udang dan pastikan stok umpan sentiasa mencukupi sepanjang sesi pancingan anda .
Pancingan udang ini sememangnya amat mudah dan santai ! — @ Pancing
Pertanyaan : DAUS 013-697 9994
14 | Mei 2021 | @ pancing