@Pancing May 2021 | Page 13

“ Hidupan ini memerlukan satu paras saliniti yang bersesuaian untuk ia mengawan dan bertelur . Atas sebab itulah ia perlu turun ke kawasan muara untuk mencari paras saliniti tersebut untuk melengkapkan pusingan hidupnya .”
“ Hidupan ini memerlukan satu paras saliniti yang bersesuaian untuk ia mengawan dan bertelur . Atas sebab itulah ia perlu turun ke kawasan muara untuk mencari paras saliniti tersebut untuk melengkapkan pusingan hidupnya .”

PERAIRAN di Pekan Pahang ini sunguh unik kerana ia berarus pasang surut . Keadaan air masin dan tawarnya tidak menentu kerana ia bergantung kepada cuaca . Jika musim hujan dan air hulu kuat turun ke kuala terutamanya ketika musim banjir , maka saliniti air di perairan Pekan akan menjadi tawar untuk satu jangka masa yang lama .

Jika kena pula masa air pasang besar , maka air laut akan menolak jauh air tawar naik ke atas . Jadi untuk memancing di kawasan Pekan ini seseorang harus perlu peka dengan keadaan semasa .
Perkara ini sangatlah penting kerana ia amat berkait rapat dengan pancingan udang Galah . Ini kerana saya pernah membaca satu kajian ilmiah tentang pusingan hidup udang Galah di dalam satu-satu sistem sungai . Hidupan ini memerlukan satu paras saliniti yang bersesuaian untuk ia mengawan dan bertelur . Atas sebab itulah ia perlu turun ke kawasan muara untuk mencari paras saliniti tersebut untuk melengkapkan pusingan hidupnya .
Mungkin juga kenyataan itu ada kebenarannya kerana saiz udang Galah yang biasa dipancing di kawasan Pekan ini kebanyakkannya kasar-kasar belaka dan udang yang membawa telur terutamanya yang sudah matang selalu sahaja dapat dipancing .
SUASANA PANCINGAN
Bagi penduduk sekitar , terdapat tiga cara pancingan udang . Pertama dan paling ramai penglibatannya ialah secara land based di sepanjang tebing sungai . Ini banyak dilakukan secara santai untuk melepaskan gian atau sekadar menghabiskan masa terluang terutamanya ketika air cantik .
Hasil tentulah tidak sebeberapa lebih-lebih lagi lebih banyak melayan sangkut dari udang . Namun , jika kena masanya , boleh juga dibuat lauk sekeluarga untuk sehari dua !
Cara kedua ialah dengan memancing di atas sangkar-sangkar ikan yang terdapat di beberapa kawasan tebing sungai . Namun pancingan di atas sangkar ini sangat terhad dan anda haruslah kenal atau meminta izin dari pemilik sangkar sebelum dapat memancing di atas sangkar mereka .
Kebiasaannya ketika di atas sangkar , pemancing akan melabuhkan umpan bukan ke tengah sungai yang berarus laju kerana di situ hanya ikan Duri yang banyak mengacau . Lokasi terbaik ialah kawasan tenang berhampiran tebing kerana di situlah udang biasanya bermastautin mengelakkan arus yang laju serta menunggu makanan yang hanyut di bawa arus hingga ke tebing .
Cara ketiga sudah pastilah menggunakan bot . Bot-bot fiber panjang antara 10-15 kaki dengan enjin 5-15hp adalah bot-bot yang biasa dgunakan untuk memancing udang di Pekan . Ia boleh dinaiki antara 2 hingga 4 orang pemancing bergantung kepada saiz bot .
Menggunakan bot , jangkauan lubuk memancing adalah lebih meluas . Pemancing dapat mengikut pergerakan udang dengan mengikut pergerakan arus pasang surut , dengan itu lubuk mudah bertukar tempat tanpa masalah . Cuma pancingan menggunakan bot memerlukan sedikit modal untuk sewa , minyak dan upah tekong . Pokok pangkal bergantung kepada kehendak dan budget masing-masing .
LUBUK
Apabila memancing udang , anda perlu tahu
mengagak di manakah udang-udang ini berhimpun atau dimanakah lubuknya . Sepertimana yang ramai ketahui , di dalam sungai ada kawasan yang dalam dan ada kawasan yang cetek .
Kawasan yang dalam ini dipanggil " alur sungai " dan apabila ada halangan berupa struktur seperti batu-batu besar atau batang balak tengelam , ia akan menghasilkan pusaran air . Makanan yang hanyut dibawa arus biasanya akan terhenti di sini kerana arus
Hasil yang normal di Pekan !
sudah menjadi sedikit perlahan dan berpusing . Bagi saya inilah lubuk yang berpotensi untuk dilabuhkan umpan .
Antara lubuk-lubuk yang baik di Pekan ialah di sepanjang tebing yang berbatu , kawasan sangkar ikan dan Jambatan Sultan Abu Bakar yang menjadi lubuk favourite saya berikutan terdapatnya balak-balak tenggelam yang sangkut di antara tiang-tiang jambatan yang menjadi mahligai udang .
Masa terbaik ialah ketika pertukaran arus
@ pancing | Mei 2021 | 13