@Pancing June 2021 | Page 6

“ GT amat sinonim dengan pancing layang di atoll-atoll Lautan Hindi ini , namun jangan sesekali dilupakan spesies-spesies ikan perkasa yang lainnya yang menjadikan kawasan flats ini lapangan permainannya juga seperti Bluefin Trevally , Barracuda , Yellow-Lip Emperor , Mutton Snapper , Parrotfish , Triggerfish , Milkfish , Indo-Pacific Permit dan Bonefish .”
“ GT amat sinonim dengan pancing layang di atoll-atoll Lautan Hindi ini , namun jangan sesekali dilupakan spesies-spesies ikan perkasa yang lainnya yang menjadikan kawasan flats ini lapangan permainannya juga seperti Bluefin Trevally , Barracuda , Yellow-Lip Emperor , Mutton Snapper , Parrotfish , Triggerfish , Milkfish , Indo-Pacific Permit dan Bonefish .”
Ikan Permit banyak , namun ia bukan juga senang ditangkap kerana ia cepat culas .
Tempat penginapan kami yang amat selesa , pantai di depannya juga banyak ikan !

GIANT TREVALLY ( Caranx ignobilis )

SPESIES yang terbesar di dalam familinya . Sesungguhnya inilah spesies target utama kami dengan pancing layang di kawasan flats Lautan Hindi . Peralatan pancing layang haruslah yang kelas ampuh untuk menundukkan ikan ini . Apabila air pasang ia akan memasuki flats memburu makanannya yang berupa anak-anak ikan , ketam dan udang . Ketika itu ia akan mengutip makanan saiz kecil dan sebab itulah umpan layang yang kecil sanggup dibedalnya walaupun jurang nisbah saiz umpan dengan saiz badannya terlalu besar .
Ia boleh membesar hingga ke panjang 170 cm dan berat 80 kg , namun yang masuk ke flats adalah saiz yang tidaklah sebagak itu , namun ia sudah cukup gagah untuk mengecewakan anda !
Untuk GT kami akan sentiasa bersedia dengan set pancing layang wt . 12 berserta umpan seperti popper dan streamer .
Meninjau kedudukan ikan dari satu posisi yang tinggi .
padu menuju ke jeragat batu-batu karang yang berselerak di sana sini . Tidak ada apa-apa yang oleh dilakukan … hanya berserah kepada takdir agar tali tidak putus , mahupun mata kail terkangkang !
Perlahan-lahan ikan dipujuk rapat dalam keadaan yang amat menjerihkan , namun penuh berhati-hati . Akhirnya selepas bertungkus lumus ekornya dapat digenggam erat menandakan saya telah berjaya mendaratkannya dan tidak lupa sepasang kaki saya yang menggigil meraikan kejayaan ini !
Pengembaraan masih belum selesai kerana kurang dari dua jam lagi , saya akan jumpa situasi yang sama cuma GTnya mungkin kecil atau lebih raksasa dari yang tadi !
Inilah yang saya hadapi berkali-kali setiap
hari dengan pelbagai spesies ikan gagah di sepanjang trip di sini dan inilah yang menyebabkan saya akan datang berkunjung lagi tanpa jemu setiap tahun !
LAUTAN KEPULAUAN
Inilah dia syurga tropika bagi pancing layang umpama orang mengerjakan Haji , wajib kunjung bagi yang berkemampuan . Satu lautan luas yang bertompok-tompok dengan pulau-pulau dan terumbu serta atoll dinaungi beberapa negara kepulauan . Semuanya asli dan terjaga kelestarian sumber lautnya , kurang eksploitasi yang memusnahkan !
Turuti budjet poket anda kerana pelbagai pakej ditawarkan mengikut kemampuan . Bagi pemancing layang , sememangnya destinasi
06 | Jun 2021 | @ pancing