@Pancing June 2021 | Page 5

“ Inilah dia syurga tropika bagi pancing layang umpama orang mengerjakan Haji , wajib kunjung bagi yang berkemampuan . Satu lautan luas yang bertompok-tompok dengan pulau-pulau dan terumbu serta atoll dinaungi beberapa negara kepulauan . Semuanya asli dan terjaga kelestarian sumber lautnya , kurang eksploitasi yang memusnahkan !”

Target utama saya – GT !
Kami bergerak menggunakan ATV dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain . Hanya apabila berpindah atoll barulah kami guna bot .

MASIH LAGI saya terbayangkan suasana yang meningkatkan adrenalin apabila sedang meranduk air di beting pasir yang cetek ( flats ). Sekeliling ialah air yang jernih kristal . Kelihatan satu bayang hitam yang pada mulanya disangkakan sebongkah batu karang yang bagak … ehh ia bergerak pula !

Rupa-rupanya ianya seekor GT yang kasar saiznya . Umpan dilayangkan cun beberapa kaki sahaja di hadapannya . Sebaik umpan streamer itu ditarik … bammm ! Ia dirembat . Belumpun sempat saya menjerit “ strike !”, tali layang sudahpun habis keluar meninggalkan sisa-sisa tali backing yang menipis di dalam gelendung kekili .
Paling menakutkan apabila joran carbon fiber pula melengkung maksimum hingga menerbitkan bunyi berkeriut pada pemegang gabus joran di genggaman saya !
Hati berdebar-debar apabila ikan memecut
Menggunakan guide akan banyak membantu dalam trip anda .
@ pancing | Jun 2021 | 05