@Pancing June 2021 | Page 31

Malaysia merupakan salah satu negara yang bertuah di dunia kerana mempunyai kepelbagaian biodiversiti flora dan fauna . Salah satunya adalah kepelbagaian spesies ikan air tawar yang pelbagai rupa dan jenis . Tetapi , spesies asli bernilai tinggi seperti Kelah , Temoleh , Tengalan dan Jelawat kini di ambang kepupusan ekoran kesan daripada beberapa faktor .

@ Sukan Memancing

Dr . Intan Faraha A Ghani | Universiti Selangor

Ancaman Kepada Ikan Asli Tempatan

Malaysia merupakan salah satu negara yang bertuah di dunia kerana mempunyai kepelbagaian biodiversiti flora dan fauna . Salah satunya adalah kepelbagaian spesies ikan air tawar yang pelbagai rupa dan jenis . Tetapi , spesies asli bernilai tinggi seperti Kelah , Temoleh , Tengalan dan Jelawat kini di ambang kepupusan ekoran kesan daripada beberapa faktor .

ANTARA faktor yang menyumbang kepada kepupusan ini antaranya adalah kemusnahan habitat akibat pembalakan yang tidak terkawal , pembinaan empangan yang menghalang migrasi spesies ini untuk bertelur di hulu sungai , tangkapan berlebihan oleh manusia yang tamak dan kini diancam oleh spesies ikan asing yang pelahap dan rakus .

Ekosistem air tawar negara ini semakin terjejas kesan daripada beberapa aktiviti manusia yang tidak terkawal . Antara aktviti tersebut adalah penebangan hutan untuk pembalakan dan pembukaan tanah untuk pertanian . Kesan daripada aktiviti-aktiviti ini menyebabkan peningkatan suhu air , pengurangan kadar oksigen terlarut di dalam air dan peningkatan kadar kekeruhan air kesan daripada hakisan tanah .
Ikan merupakan spesies haiwan poikilotermik atau berdarah sejuk . Oleh kerana itu , perubahan suhu air yang mendadak pastinya mengganggu proses fisiologi ditambah pula dengan masalah pengurangan oksigen terlarut di dalam air .
NATURAL INSTINCT
Ikan tempatan bermigrasi daripada hilir ke hulu sungai untuk bertelur . Proses migrasi untuk bertelur merupakan salah satu strategi reproduksi ikan tempatan khususnya dalam memastikan kemandirian spesies ikan tersebut . Kebanyakan spesies ikan tempatan
memerlukan isyarat ( natural instinct ) daripada alam sekitar untuk bertelur .
Antara isyarat-isyarat tersebut adalah musim hujan , peningkatan kedalaman air dan perubahan suhu air . Ikan Tengalan di Sungai Perak contohnya , akan bertelur pada musim hujan . Spesies ini akan berenang ke hulu untuk menghempaskan telur .
Ini bagi memastikan anak-anak ikan yang bakal menetas berada di kawasan selamat dan jauh daripada pemangsa . Namun begitu , strategi reproduksi ikan-ikan tempatan ini telah terganggu ekoran pembinaan empangan .
Habitat sungai yang musnah apabila pembalakan dan pembukaan kebun dan ladang yang tidak terkawal mengganggu gugat ekosistem sungai .
Asian Redtail Catfish atau ramai yang memangilnya Baung Ekor Merah Siam sudah banyak dipancing di Sungai Pahang , Sungai Perak dan Sungai Selangor . Spesies ikan pendatang ini cepat membesar ke saiz raksasa dan pastinya ia rakus mendominasi makanan ikan tempatan dan sekaligusnya habitat sekali .
Pembinaan empangan telah menjadi tembok penghalang sekaligus mengganggu kitaran reproduksi spesies-spesies ini .
IKAN PENDATANG
Masalah-masalah ini ditambah buruk lagi dengan kehadiran spesies ikan asing bersifat invasif ke perairan kita . Spesies ikan asing invasif didefinisikan sebagai spesies ikan luar yang dibawa masuk secara sengaja atau tidak sengaja dan memberi impak negatif yang besar kepada spesies ikan tempatan .
Impak negatif tersebut antaranya memberi kesan kepada biodiversiti spesies ikan tempatan , ekonomi malahan mungkin membawa ancaman kepada kesihatan manusia .
Bagi impak gangguan biodiversiti ikan tempatan , spesies ikan invasif ini memberi gangguan dan ancaman daripada sudut perebutan makanan , habitat di samping menjadi pemangsa yang rakus dan menjadi perumah kepada patogen yang membawa penyakit .
Spesis invasif yang mula dibawa masuk ke Malaysia pada abad ke-19 adalah dengan tujuan untuk pengeluaran akuakultur dan industri ikan hiasan . Namun begitu , spesies ini dengan tidak sengaja atau sengaja telah terlepas ke perairan tempatan dan populasinya kini semakin melangkaui spesies ikan tempatan .
Antara faktor yang mendorong perkara ini berlaku adalah kerana , spesies ikan invasif mempunyai daya tahan lasak yang tinggi . Ini menjadikan spesies invasif ini mudah untuk mendominasi sesuatu kawasan . Sebagai contoh , salah satu spesies invasif yang kini semakin mendominasi perairan tempatan adalah ikan Bandaraya . Menurut satu kajian oleh Tan ( 2019 ), lebih daripada 10 tan ikan Bandaraya dijumpai mendominasi Sungai Skudai , Johor mengatasi populasi spesies tempatan di kawasan tersebut .
Mengikut ‘ National Action Plan on Invasive Alien Species 2021-2025 ’, sebanyak 10 spesies telah disenaraikan di dalam pelan tindakan ini . Walaupun mungkin spesies yang tersenarai masih belum cukup lengkap , namun jelas dilihat kewujudan 10 spesies invasif ini cukup memberi kesan yang buruk kepada perairan air tawar negara . Antara spesies yang tersenarai adalah ikan Keli Afrika , Amazon Redtail Catfish , Asian Redtail Catfish , Tilapia , Earth Eater , Midas Cichlid , Peacock Bass dan Udang Kara air tawar .
Kehadiran spesies invasif dilihat semakin berleluasa . Masalah ini perlu diatasi bagi memastikan biodiversiti ikan tempatan berada pada tahap yang memuaskan . Sekiranya keadaan ini tidak dibendung , dalam tempoh 20 tahun , generasi akan datang mungkin tidak dapat mengenali spesis asli yang bernilai tinggi dan hanya mengenali spesies luar Keli Afrika ( sebagai contoh ).
Sedangkan mengikut rekod , ada lebih kurang 6-7 spesies Keli asli yang ada di perairan tempatan kita . Bagi memastikan spesies invasif ini terkawal , pemahaman asas dan kendiri mengenai biologi dan aspek kemusnahan yang dibawa oleh spesies invasif perlulah dititikberatkan oleh semua masyarakat . Ianya perlu bermula daripada sekarang untuk masa depan ikan asli tempatan yang lebih gemilang . — @ Pancing
Hargai ikan tempatan kita seperti Lampam Sungai ini kerana ia adalah khazanah negara .
@ pancing | Jun 2021 | 31