@Pancing June 2021 | Page 30

Aktiviti kayak rekreasi . Biasanya pada waktu pagi sahaja .
menghilang . Barulah kami akan berpindah ke lokasi lain .
Ikan-ikan lain juga ada di sini seperti Siakap Putih .
CARA MAKAN
Oleh kerana tidak menggunakan batu ladung atau hanya ladung saiz kecil sahaja digunakan , maka tali selalunya kendur . Kebanyakkan masa , stail makan Senangin sama seperti Gelama , cuma lebih kasar getuannya . Jika terus disembat , biasanya mata kail terlepas dari tercangkuk mulutnya .
Cara terbaik ialah dengan mengarau tali yang kendur perlahan-lahan sehingga tegang sambil hujung joran direndahkan ke air , dengan ini anda juga dapat menggujanya supaya lebih garang untuk membaham umpan . Apabila terasa kekuatan getuan semakin kuat , barulah joran disembat padu . Melainkan Senangin saiz kasar , biasanya sekali henjut sudah lekat dan boleh menerbangkan joran bagi yang tidak cega .
Adakalanya Senangin menyambar umpan semasa ia dikarau naik . Sebab itulah kami akan sentiasa karau perlahan-lahan umpan sambil menghenjut sedikit hujung joran setiap kali ingin melihat keadaan umpan , mana tahu ada rezeki ia menyambarnya . Ada juga rakan yang casting umpan udang hidup dan sukses juga !
Berhati-hati jika parking bot rapat ke tebing . Kumpulan Kera di sini sungguh daring melompat naik bot untuk merampas makanan anda . Takut anda terperanjat dan lompat masuk air , bahaya pula jadinya !
Senangin ketika air keruh .
Senangin menjadi target utama pemancing muara kerana harganya mahal di pasaran .
GEWANG
Saya sentiasa bersedia dengan pelbagai jenis gewang dan jig jika turun ke sini , tujuannya ingin menguji keberkesanan umpan tiruan terhadap populasi Senangin di sini . Namun hingga kini usaha saya masih tidak berjaya .
Mungkin belum lagi jumpa gewang yang paling sesuai atau saya sendiri tidak bersungguh-sungguh mengujinya . Trip-trip lain mungkin saya akan mencuba dengan sepenuh hati . Nantikan hasilnya nanti ! — @ Pancing
Pertanyaan : AIE 012-617 4822
30 | Jun 2021 | @ pancing