@Pancing June 2021 - Page 3

MENARIK DI ISU HADAPAN !

Bicara Editor ...

ASSALAMMUALAIKUM WRT . Kita masih belum menang lagi dan jika beginilah keadaannya , saya juga tidak tahu berapa lama lagilah setiap Editorial yang dinukilkan ini akan berbicara perihal Pandemik Covid- 19 . Ia sememangnya membosankan , namun itulah yang perlu kita hadapi buat ketika ini , sehinggalah virus pembunuh ini hilang selama-lamanya dari dunia ini atau semua negara di dunia berjaya mencapai “ herd immunity ” atau “ community immunity ” dengan peratusan besar ramai yang mengambil vaksin .
Walaupun dikatakan pengambilan vaksin ini adalah secara sukarela , namun bagi saya ia adalah WAJIB kerana kadar mutasi virus ini yang cepat berubah kepada sesuatu yang amat menakutkan berdasarkan apa yang berlaku sekarang ( tulisan ini dibuat sehari sebelum total lockdown MCO 3.0 ).
Mengapa saya kata begitu ? Ini kerana memang betul vaksin ini bukanlah sesuatu yang 100 peratus dapat menghindar virus ini , namun harus diingatkan bahawa setidak-tidaknya , jika anda bernasib malang dan terkena Covid-19 , badan anda dapat merintangnya dengan tidak mendapat kesan sampingan yang lebih teruk ( severe ) – mati !
Paling penting anda dapat membina “ herd immunity ” di kalangan keluarga anda sendiri seperti datuk , nenek , mak , bapa , adik beradik , anak-anak , cucu-cicit , saudara mara dan rakan taulan yang rapat dengan anda . Paling menakutkan ialah apabila anda membawa virus Covid , tetapi sihat dan tidak bergejala , dan secara tidak sengaja anda yang menjadi penyebab atas kematian orang lain yang tidak bersalah , lebih-lebih lagi mereka yang disayangi – bukankah ini bakal menjadi igauan buruk seumur hidup , penyesalan yang tiada kesudahannya !
Buktinya sudah nyata dengan peningkatan kes yang amat mendadak selepas Hari Raya Aidilfitri tempohari dengan kadar kematian yang tinggi lebih-lebih lagi dengan kes-kes Brought in Death ( BID ), maknanya bukan mati di hospital – ianya berlaku di rumah , ianya sudden death !
Penyelinapan Covid varian campuran baru yang lebih membunuh dan cepat berjangkit di dalam komuniti kita bukan lagi melalui droplets , malahan ia sekarang airborne bukanlah sesuatu yang boleh dianggap enteng , sehinggakan KKM menasihatkan rakyat supaya mengenakan pelitup muka hingga 2 lapis ( berganda )!
Kepada semua sahabat pembaca , saya faham perasaan rindu dendam nak turun memancing pasti memuncak di kalangan kita semua . Harap semua orang dapat bersabar , biarkanlah peratusan jangkitan Penyakit ini
reda hingga flat , atau setidak-tidaknya kurang ke angka-angka yang rendah barulah kita memancing semula .
Paling baik , marilah kita semua mengambil vaksin supaya senang nak bercampur dengan orang lain ketika trip-trip memancing nanti !
# kitajagakita Editor ,
Faiz Karim
“ Walaupun dikatakan pengambilan vaksin ini adalah secara sukarela , namun bagi saya ia adalah WAJIB kerana kadar mutasi virus ini yang cepat berubah kepada sesuatu yang amat menakutkan berdasarkan apa yang berlaku sekarang ( tulisan ini dibuat sehari sebelum total lockdown MCO 3.0 ). Mengapa saya kata begitu ? Ini kerana memang betul vaksin ini bukanlah sesuatu yang 100 peratus dapat menghindar virus ini , namun harus diingatkan bahawa setidak-tidaknya , jika anda bernasib malang dan terkena Covid-19 , badan anda dapat merintangnya dengan tidak mendapat kesan sampingan yang lebih teruk ( severe ) – mati ! Paling penting anda dapat membina “ herd immunity ” di kalangan keluarga anda sendiri seperti datuk , nenek , mak , bapa , adik beradik , anak-anak , cucu cicit , saudara mara dan rakan taulan yang rapat dengan anda . Paling menakutkan ialah apabila anda membawa virus Covid , tetapi sihat dan tidak bergejala , dan secara tidak sengaja anda yang menjadi penyebab atas kematian orang lain yang tidak bersalah , lebih-lebih lagi mereka yang disayangi – bukankah ini bakal menjadi igauan buruk seumur hidup , penyesalan yang tiada kesudahannya !”
MENARIK DI ISU HADAPAN !
Mencari Kurau Raksasa Sarawak !

Editorial

EL Law | Group Managing Director cum Founder ellaw @ revonmedia . com Kay Mathy | Penerbit kaymathy @ revonmedia . com Law Beng Chee | CEO / EIC bclaw @ revonmedia . com
| PLATFORM DUNIA PANCINGAN ANDA |
Faiz Karim | Editor faizkarim @ revonmedia . com A . Azam | Pengarah Kreatif a . azam @ revonmedia . com Yeoh Kok Tat | Wakil Pengiklanan Bhg . Utara | yeohkoktat @ gmail . com A . Sabri Harun | Wakil Pengiklanan fishworkssolution @ gmail . com Mohd Hazrul Rabu | Media Specialist mohdhazrulrabu1976 @ gmail . com
Diterbitkan oleh : Revon Media Sdn Bhd Revongen Corporation Centre Level 17 , Top Glove Tower , No . 16 , Persiaran Setia Dagang , Setia Alam , Seksyen U13 , 40170 Shah Alam , Selangor Darul Ehsan , Malaysia . Tel : + 6 03 3359 1166 Fax : + 6 03 3358 0303
Teknikal Jelawat Lombong
Publishing Permit No : PP19522 / 10 / 2019 ( 035129 )
Dicetak oleh : Percetakan Osacar Sdn . Bhd . No . 16 , Jalan IDA 1A , Industri Desa Aman , Kepong , 52200 Kuala Lumpur , Malaysia . Tel : + 603-6279 9474 / + 603-6263 1856 Fax : + 603-6280 6802
@ pancing | Jun 2021 | 03