@Pancing June 2021 | Page 29

“ Menurut Aie , ikan Senangin ini ada sahaja hari-hari masuk ke sungai , tinggal banyak atau sedikit sahaja bilangannya . Cuma masa memancing akan bergantung kepada keadaan air . Jika bulan kecik , maka air pun kecil , jadi masa memancing itu panjang sedikit berbanding semasa bulan besar .”
“ Menurut Aie , ikan Senangin ini ada sahaja hari-hari masuk ke sungai , tinggal banyak atau sedikit sahaja bilangannya . Cuma masa memancing akan bergantung kepada keadaan air . Jika bulan kecik , maka air pun kecil , jadi masa memancing itu panjang sedikit berbanding semasa bulan besar .”
Senangin saiz begini sudah cukup mengujakan dengan peralatan ringan .
Senangin pertama trip .
Jarang-jarang ada , Kurau saiz kasar di Kuala Sepang ! Senangin sentiasa ada di sini , cuma banyak atau sedikit sahaja .
Jika letupan-letupan ini kasar bunyinya , ada kemungkinan saiz Senangin yang berlegar juga besar . Saya cuba juga untuk memerhati kawasan yang berlaku letupan-letupan itu dengan teliti mana tahu bernasib baik dapat melihat pembikin angkara , namun ia sentiasa berlaku dengan amat pantas sekali .
RIGGING
Apabila kedengaran tanda-tanda kehadirannya , maka set pancing bersesuaian akan diturunkan . Biasanya kami guna joran panjang antara 6-7 kaki dengan kekuatan 8-17 atau 10-20lb , malah kadang kala saya guna joran sedikit light dalam 6-12lb kerana saiz Senangin di sini biasanya kecil sahaja .
Kekili spinning saiz 2000-3000 dengan tali utama antara 10-20lb dan perambut 20-30lb sudah memadai untuk menangani ikan ini . Mata kail pula saiz 14-16 skala jenama Daichii . Umpan sudah tentulah udang hidup , namun Senangin di muara ini tidak memilih sangat , selalu juga ia hentam umpan-umpan lain seperti perumpun , hirisan isi ikan dan udang kopek .
Apa-apapun , pastinya semakin besar umpan udang hidup yang digunakan semakin cepat dapat menggoda Senangin mengambilnya .
BUKA KUNCI
Paling penting ialah bagaimana cara yang terbaik untuk mempersembahkan umpan kepadanya . Selalunya jika menggunakan batu ladung memang ia “ bo layan ”, mungkin ia tidak mengambil makanan di dasar dan banyak menyambar di perimeter pertengahan hingga ke permukaan air . Jadi kami tidak akan menggunakan ladung sebagai pemberat , cukup sekadar satu swivel untuk membuatkan umpan masih boleh lagi bermain arus .
Namun teknik ini haruslah mengikut kelajuan arus . Biasanya ladung tidak digunakan ketika arus surut bertukar menjadi pasang kerana ketika itu arus amat lemah . Semakin air meningkat pasang , batu ladung kecil akan ditambah di clip swivel atau di perambut . Semakin laju arus , semakin besarlah batu ladung tambahan akan dipasang . Hinggalah arus bertambah kuat dan kumpulan Senangin
Kebanyakan masa Senangin di sini saiznya kecil sahaja .
@ pancing | Jun 2021 | 29