@Pancing June 2021 | Page 28

PENANTIAN MASA & ARUS BERSESUAIAN
Senangin ialah antara spesies ikan yang menjadi idaman pemancing muara lantaran harganya yang mahal di pasaran . Mudahkah mendapatkannya ? Pasti tidak , lebih-lebih lagi di lokasi yang menerima tekanan tangkapan ikan yang amat tinggi seperti di Sungai Sepang Besar !

@ Muara

THE EDITOR | faizkarim @ revonmedcia . com

Senangin Kuala Sepang

PENANTIAN MASA & ARUS BERSESUAIAN

Senangin ialah antara spesies ikan yang menjadi idaman pemancing muara lantaran harganya yang mahal di pasaran . Mudahkah mendapatkannya ? Pasti tidak , lebih-lebih lagi di lokasi yang menerima tekanan tangkapan ikan yang amat tinggi seperti di Sungai Sepang Besar !

ANTARA LOKASI memancing muara yang terdekat dengan Lembah Klang ini sememangnya menjadi destinasi memancing yang santai bagi saya – pancing dasar . Selain itu sahabat baik saya Ruzairy Arby mempunyai satu rumah jeti di sana .

Sememangnya Senangin sentiasa menjadi target utama saya jika ke sini lebih-lebih lagi apabila memancing di muaranya . Namun sekarang situasinya bukan seperti dahulu kerana kawasan ini sudah menjadi sibuk dengan bot-bot besar lalu lalang untuk keluar ke laut di samping sampan-sampan kecil yang bersusun di sepanjang tebing lebih-lebih lagi ketika hujung minggu dan cuti awam .
Rumah-rumah rakit juga sudah bersepah bilangannya dan banyak spot baik kami sudah
Harus parkir bot berdekatan dengan alur sungai di Kuala Sepang Besar untuk mendapatkan Senangin . ada rumah rakit di atasnya . Itu belum masuk geng-geng kayak rekreasi dan bot-bot cartopper yang turun untuk casting di sepanjang tebing . Tidak lupa aktiviti menjaring oleh nelayan tempatan . Pendek kata ia adalah satu sungai yang amat sibuk sekali dengan aktiviti manusia !
Jadi dewasa kini kami hanya memilih waktu dan arus yang sesuai sahaja untuk memancing dan sangat berhati-hati memilih lubuk untuk berlabuh pancing dasar . Tdak seperti dahulu mana-mana boleh lepak dan parkir merata di dalam sungai .
MASA & ARUS
Kami akan turun ke kuala ketika arus pada penghujung surut dan sudah bermula nak naik pasang . Port akan di ‘ chop ’ dulu dan menaun di kawasan sana sehinggalah air akan naik pasang penuh . Ini disebabkan selalunya ikan Senangin akan masuk ke sungai pada masa tersebut untuk mencari makanannya yang berupa ikan-ikan kecil .
Menurut Aie , ikan Senangin ini ada sahaja hari-hari masuk ke sungai , tinggal banyak atau sedikit sahaja bilangannya . Cuma masa memancing akan bergantung kepada keadaan air . Jika bulan kecil , maka air pun kecil , jadi masa memancing itu panjang sedikit berbanding semasa bulan besar .
Bot akan diparkir betul-betul di tubir alur sungai yang dalam kerana Senangin selalu berulang alik di dalam alur ini . Ini perkara yang amat sukar sekali , pertamanya kerana anda haruslah orang yang sudah lama main di dalam sungai seperti Aie . Jadi beliau arif tentang kedudukan alur ini .
Jika silap parkir maknanya bot akan berada di kawasan cetek . Paling bahaya jika anda betul-betul berada di laluan bot-bot besar yang keluar masuk sungai . Ini bakal mengundang malapetaka jika berlanggar .
Kedatangan ikan Senangin ini sentiasa dapat diketahui dengan munculnya letupanletupan ( bunyi “ pop , pop ”) di permukaan air . Jika banyak berlaku letupan-letupan ini bermakna banyaklah bilangan Senangin yang masuk muara pada masa itu , begitu juga jika hanya sekali-sekala ia muncul bermakna ia tidak banyak .
28 | Jun 2021 | @ pancing