@Pancing June 2021 | Page 27

“ Variasi pemilihan gewang untuk menjerat ikan pemangsa ini sebenarnya adalah tidak terbatas , bergantung kepada struktur geografi padang pancing yang ingin diuji . Ini kerana Siakap Putih memburu mangsanya di semua kedalaman air .”
Single hook SP udang getah tercangkuk kemas di sisi mulut ikan !
“ Variasi pemilihan gewang untuk menjerat ikan pemangsa ini sebenarnya adalah tidak terbatas , bergantung kepada struktur geografi padang pancing yang ingin diuji . Ini kerana Siakap Putih memburu mangsanya di semua kedalaman air .”
Soft plastic berbentuk udang adalah antara umpan tiruan yang killer untuk menjerat Sang Siakap Putih .
Siakap Putih gadang boleh sahaja menjadi milik anda jika memancing kena pada air dan masanya di samping usaha tanpa henti dan tawakal kepada Allah SWT .
Kawasan pokokpokok tumbang ke dalam air yang wajib dihulurkan gewang !
Tarian akrobatik daripada ikan Siakap Putih ini pastinya menjadi kenangan terindah kepada pemancing cilik ini !
Tersenyum lebar lady angler ini setelah berjaya mendaratkan Siakap Putih bersaiz begini .
sekiranya lokasi tersebut sememangnya terkenal dengan Siakap mega , tidak salah untuk anda bersedia dengan peralatan yang lebih heavy untuk mengelakkan daripada berputih mata .
Walaupun ikan Siakap Putih tidak mempunyai gigi , namun pemancing perlu bersedia dengan perambut yang agak kuat kerana terdapat ' pisau ' tajam yang mampu memutuskan perambut anda di bahagian pipinya . Sebaik-baiknya gunakanlah leader dari jenis fluorocarbon kerana ianya lebih keras dan tahan geseran .
Selain itu , mata kail asal gewang anda perlulah ditukar kepada jenis yang lebih tajam dan kuat . Ini disebabkan ikan Siakap Putih mempunyai plat rahang yang keras dan agak sukar untuk ditembusi . Risiko mata kail terlepas daripada mulut ikan juga tinggi kerana ikan ini akan menggelengkan kepalanya semasa melakukan tarian akrobatiknya .
PENUTUP
Spesies ikan Siakap Putih adalah bersifat hermaphroditic kerana memiliki keupayaan menukar jantina daripada jantan ke betina secara semula jadi apabila telah melepasi saiz matangnya .
Boleh dikatakan semua Siakap Putih yang bersaiz gadang adalah induk dan berpotensi tinggi untuk menghasilkan lebih banyak telur yang seterusnya membesar dan menambahkan populasinya di habitat yang didiaminya .
Oleh itu , adalah sangat penting amalan catch & release dilakukan sekiranya anda terpancing Siakap Putih yang bersaiz mega . Cukuplah gambar atau video sebagai kenangan yang anda pernah menewaskan ikan gergasi tersebut . Mudah-mudahan dengan usaha murni kita ini dapat menjamin kelestarian spesies Siakap Putih di padang pancing kita sendiri . Kalau bukan kita , siapa lagi ... — @ Pancing
Pertanyaan : CIKGU ZAIDY 012-448 0037
@ pancing | Jun 2021 | 27