@Pancing June 2021 | Page 26

“ Ikan Siakap Putih mampu untuk hidup di kawasan air tawar dan juga air masin . Hal ini menjadikan taburan populasinya di negara kita adalah sangat meluas . Hampir semua sungai utama dan kawasan muara di negara kita terdapat bukti kewujudan spesies ini .”
“ Ikan Siakap Putih mampu untuk hidup di kawasan air tawar dan juga air masin . Hal ini menjadikan taburan populasinya di negara kita adalah sangat meluas . Hampir semua sungai utama dan kawasan muara di negara kita terdapat bukti kewujudan spesies ini .”
DIET
Ikan Siakap Putih mempunyai bukaan rahang yang besar dan mampu menelan mangsanya melalui cara sedutan . Walaupun ikan ini tidak mempunyai gigi taring , ianya bersifat pemangsa dengan menjadikan krustasea dan ikan kecil termasuk spesiesnya sendiri sebagai diet utamanya .
Bagi peminat teknik pancingan bottom , udang hidup dan ikan belanak telah lama terbukti sangat killer untuk menjerat Siakap Putih . Untuk penggemar teknik mengilat pula , pengetahuan tentang diet ikan ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pemilihan gewang .
PEMILIHAN GEWANG
Variasi pemilihan gewang untuk menjerat ikan pemangsa ini sebenarnya adalah tidak terbatas , bergantung kepada struktur geografi padang pancing yang ingin diuji . Ini kerana Siakap Putih memburu mangsanya di semua kedalaman air .
Gewang minnow selaman cetek yang berprofil memanjang sering dijadikan pilihan utama para pengilat apabila mensasarkan ikan ini . Ini kerana bentuk gewang minnow seakan-akan ikan Belanak yang sering menjadi buruan utama sang Siakap Putih . Gewang minnow perlu dimainkan dengan teknik twich & pause seakan-akan meniru aksi ikan yang sedang cedera .
Gewang selaman dalam juga telah terbukti mampu untuk menggoda Siakap Putih . Namun gewang selaman yang berbentuk memanjang dan tirus adalah lebih sesuai kerana ia menepati ciri-ciri utama diet ikan ini .
Gewang selaman perlu dimainkan secara perlahan kerana ikan Siakap Putih kebiasaannya agak malas dan kurang agresif . Karauan perlahan diikuti sedikit aksi jerking mungkin mampu mencetus naluri pemangsanya . Gewang selaman dalam juga sesuai digunakan untuk teknik menunda di kawasan yang lebih dalam .
Selain gewang yang berbadan keras , soft plastic adalah alternatif kedua terbaik untuk mengilat ikan ini . Sebaik-baiknya pilihlah soft plastic yang bersaiz 5 sehingga 9 cm untuk memudahkan ikan ini menyedut SP saiz sebegini . Secara peribadi , saya lebih gemar menggunakan soft plastic berbentuk udang kerana kelihatan lebih natural untuk menggodanya .
PASANG SURUT
Selain umpan dan lokasi yang sesuai , pasang surut air turut memainkan peranan penting untuk meningkatkan peratus sambaran daripada ikan ini . Siakap lebih aktif mencari makanan pada waktu air berarus .
Tingkatkanlah fokus dan usaha anda ketika air mula bergerak pasang dan bergerak surut . Pilihlah air pasang kecil apabila memancing Siakap Putih di muara kerana pergerakkan arus yang tidak terlalu laju lebih memudahkan anda memancing ikan ini .
PERSEDIAAN PERALATAN
Anda perlu membuat sedikit research berkaitan lokasi yang ingin dicuba . Ringankan mulut untuk bertanya kepada tekong atau pemancing tempatan berkaitan saiz Siakap yang terdapat di tempat tersebut .
Ini kerana kesesuaian peralatan adalah bergantung dengan saiz ikan target . Sekiranya tempat tersebut hanya terdapat Siakap Putih bersaiz baby , cukuplah sekadar set ringan atau ultra-light yang menjadi pertaruhan . Namun
Banglo Siakap Putih yang pasti tidak dapat dinafikan !
Gewang berwarna terang sebegini lebih sesuai digunakan ketika air keruh .
Siakap Putih bersaiz mega idaman setiap pemancing !
Ikan Siakap Putih ini terpedaya dengan gelekkan gewang Ofmer Xdeep 9cm yang ditunda perlahan .
Gewang jenis minnow yang panjang juga berkesan untuk Siakap Putih jika ia berlegar di takat antara pertengahan dan permukaan air .
26 | Jun 2021 | @ pancing