@Pancing June 2021 | Page 25

Terkenal dengan aksi akrobatiknya yang memukau , ikan Siakap ( Lates Calcarifer ) atau turut dikenali sebagai “ Kakap Putih ” merupakan antara target utama pemancing di muara-muara sungai sekitar negara kita .
Kawasan reba sebegini adalah lubuk utama bagi Siakap Putih !

KEMAMPUANNYA untuk membesar sehingga saiz double digit telah meletakkannya sebagai raja muara dan menjadi trofi idaman kepada para pemancing . Namun usaha untuk menewaskannya tidaklah mudah apatah lagi jika kita tidak bersedia dengan ilmu untuk menjejakinya .

Scientific Kingdom Phylum Class Order Family Genus
: Classification : Animalia : Chordata : Actinopterygii : Perciformes : Latidae : Lates

Terkenal dengan aksi akrobatiknya yang memukau , ikan Siakap ( Lates Calcarifer ) atau turut dikenali sebagai “ Kakap Putih ” merupakan antara target utama pemancing di muara-muara sungai sekitar negara kita .

Bukti nyata bahawa Siakap Putih boleh digoda dengan gewang yang berlainan profil di lubuk yang sama . 1 menggunakan gewang selaman dalam , 1 lagi soft plastic berbentuk udang .
Species
: L . calcarifer
Sumber : Wikipedia . org
HABITAT
Ikan Siakap Putih mampu untuk hidup di kawasan air tawar dan juga air masin . Hal ini menjadikan taburan populasinya di negara kita adalah sangat meluas . Hampir semua sungai utama dan kawasan muara di negara kita terdapat bukti kewujudan spesies ini .
Malah ikan ini juga turut dilaporkan terdapat di sesetengah kawasan takungan air utama seperti di Tasik Kenyir , Tasik Beris dan Empangan Muda . Di habitat asalnya , ikan Siakap Putih lebih cenderung untuk memburu makanan di bahagian tepi sungai / bakau . Kawasan reba , pokok tumbang dan persimpangan sungai adalah padang permainan utama untuk ikan pemangsa ini .
@ pancing | Jun 2021 | 25