@Pancing June 2021 | Page 23

“ Ramai ahli sains berpendapat , proses hibrid ini boleh berlaku secara natural terutamanya pada ikan yang mendiami habitat dan corak pembiakan yang sama , lebih-lebih lagi pada ikan yang mempunyai hubungan dekat dan tergolong dalam keluarga yang sama .”
“ Ramai ahli sains berpendapat , proses hibrid ini boleh berlaku secara natural terutamanya pada ikan yang mendiami habitat dan corak pembiakan yang sama , lebih-lebih lagi pada ikan yang mempunyai hubungan dekat dan tergolong dalam keluarga yang sama .”
Kerai .
Ikan ini adalah hasil kacukan Lampam Sungai ( Barbonymus schwenfeldi ) dan Kerai Kunyit ( Hyrsibarbus sp ) yang dilakukan secara komersial melalui pembenihan aruhan oleh sebuah Pusat Penetasan Benih Ikan Swasta . Morfologi ikan ini agak berbeza dengan baka ikan kacukan Lampam Jawa dengan Kerai Kunyit . Tujuan ikan ini dihasilkan ialah untuk sumber makanan , sebagai alternatif kepada spesies Kerai yang sukar diperolehi . Dengan morfologinya yang menyerupai Kerai ianya juga dapat diterima di hati penggemar ikan hiasan kerana rupanya yang menarik dan unik .
Lampam Jawa kacuk Kerai .
Kerai Kunyit Pahang .
Kerai Perak .
Ikan Lampam Jawa yang biasa ditemui di negara kita .
Inilah Abang Mat bersama ikan Kelabau saiz mega , ia ialah spesies ikan asli negara kita .
MATERNAL EFFECT
Kacukan induk betina Lampam Jawa dengan induk jantan Kerai Kunyit menghasilkan benih yang menyerupai ciri induk betina iaitu Lampam Jawa . Sementara kacukan induk betina Kerai Kunyit dengan induk jantan Lampam Jawa menghasilkan anak yang mempunyai ciri dan mirip kepada ikan Kerai . Ini menunjukkan terdapatnya pengaruh baka induk betina kepada zuriat yang dihasilkan .
Hal ini sangat menarik untuk dibincangkan dan ianya memerlukan kajian lebih lanjut oleh para penyelidik pada masa akan datang . Kesan begini dikenali sebagai Maternal Effect .
PROS & CONS
Penghibridan sesetengah spesies ikan ini ada baik dan buruknya . Baiknya ia dapat menghasilkan spesies yang lebih mampan terhadap penyakit , cepat membesar , pantas membiak dan amat sesuai untuk dikomersialkan sebagai sumber makanan dalam industri perikanan negara . Keburukannya pula ialah ia mengganggu gugat ekosistem perairan asli kita apabila spesies baru ini memonopoli habitat spesies ikan asal .
Pokok pangkal bergantung kepada pengawasan dan keperluan semasa kerana manusia itu sentiasa berubah mengikut norma baru ! — @ Pancing
Kerai Kunyit Siam . Ikan ini ditangkap dari Sungai Perak oleh seorang nelayan di Bota , Perak . Menurut Abang Mat , ikan ini dijual sebagai Kerai Kunyit tetapi pada hakikatnya benih ikan dibawa dari negara Thailand . Penduduk tempatan juga ada memberi tahu bahawa ini dilepaskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia suatu ketika dahulu dan ianya dikenali sebagai Kerai Kunyit . Walhal , menurut mereka Kerai Kunyit yang asli amat berbeza warna dan bentuknya jika dibandingkan jenis ini . Baka ini adalah diimport masuk dari Thailand untuk menggantikan spesies Kerai tempatan yang semakin sukar ditemui di perairan negara kita .
Nota Editor : @ Pancing mengalu-alukan sumbangan artikel dari saudara Mohamad Zaini Suleiman seorang pesara Pegawai Penyelidik Kanan di Institut Penyelidikan Perikanan Air Tawar Glami Lemi , Jelebu Negeri Sembilan . Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Hayat ( Biologi ) UKM dan Juruanalisa Sistem dari University of Aston Birmingham UK ini berpengalaman lebih dari 30 tahun dalam bidang pembiakan ikan hiasan .
Selain menghasilkan penulisan untuk suratkhabar dan buku teks sekolah , beliau juga mempunyai 3 edisi buku bertajuk “ Arowana – Ikan Hiasan Bernilai ” ( cetakan 2011 - 2017 ) dan sebuah buku berjudul “ Ikan Pelaga Warisan Unik Nusantara ” ( 2019 ). Dalam dunia ikan hiasan negara , beliau dikenali sebagai pakar rujuk untuk peminat dan usahawan ikan hiasan khususnya ikan Kelisa ( Arowana ) dan ikan Pelaga ( Betta ).
@ pancing | Jun 2021 | 23