@Pancing June 2021 - Page 22

Penghibridan ikan merupakan suatu amalan yang semakin menjadi lumrah dalam aktiviti penghasilan ikan komersial terutamanya dalam pembiakan ikan hiasan dan ternakan ikan sebagai makanan .

@ Perikanan

MOHAMAD ZAINI SULEIMAN | zainie49 @ gmail . com

Penghibridan Spesies Ikan

ADAKAH IA FENOMENA ALAM ATAU SUATU PENCEROBOHAN BAKA ?

Penghibridan ikan merupakan suatu amalan yang semakin menjadi lumrah dalam aktiviti penghasilan ikan komersial terutamanya dalam pembiakan ikan hiasan dan ternakan ikan sebagai makanan .

Ikan Lamrai .
( Kiri ) Ikan ini ditangkap oleh penternak daripada Sungai Perak oleh seorang nelayan di Parit . Ikan ini disyaki terlepas secara tidak sengaja ke habitat liar dari ternakan dalam sangkar . Jenis ini seakan-akan variasi lain yang memiliki ciri-ciri utama Lampam Jawa . Agak mengelirukan juga bahagian sirip pektoral dan anal berwarna kekuningan . Walau bagaimanapun ianya memerlukan kajian DNA untuk pengenalpastian spesies .

PENGHIBRIDAN ialah pembiakan yang berlaku antara dua spesies atau genus ikan sama ada secara semulajadi atau dengan campur tangan manusia . Di alam semulajadi perkara ini tidak sering berlaku kepada haiwan-haiwan lain .

Namun fenomena penghibridan ini mudah berlaku kepada ikan , kerana ia membiak secara persenyawaan luar badan ( external fertilization ) apabila sperma dan telur dilepaskan ke dalam air dan persenyawaan itu sendiri berlaku di dalam air iaitu di luar tubuh ikan . Seterusnya telur tersenyawa akan berkembang menjadi zigot , embrio dan menetas menjadi anak-anak ikan .
Ramai ahli sains berpendapat , proses hibrid ini boleh berlaku secara natural terutamanya pada ikan yang mendiami habitat dan corak pembiakan yang sama , lebih-lebih lagi pada ikan yang mempunyai hubungan dekat dan tergolong dalam keluarga yang sama .
HIBRID
Penghibridan ini juga dikenali sebagai kahwin silang . Sekiranya proses ini berlaku antara strain atau baka dalam satu spesies , ia dikenali
Sampel ikan ini diperolehi daripada penternak sangkar di Tasik Kenyir . Menurut penternak tersebut benih ikan ini diambil daripada Universiti Putra Malaysia dan ini merupakan variasi yang biasa yang diternak secara meluas oleh penternak tempatan . Mempunyai morfologi agak berbeza dengan Lampam Jawa terutama pada bahagian hujung sirip pectoral , pelvik dan anal yang berwarna kekuningan .
sebagai Penghibridan Intra-Spesifik dan sekiranya berlaku antara dua spesies dalam genus yang sama pula dikenali sebagai Penghibridan Inter-Spesifik . Sekiranya berlaku penghibridan antara dua genus yang berbeza ianya dikenali sebagai Penghibridan Inter-Generik .
Apa yang ingin saya utarakan tentang proses penghibridan itu ialah kecenderungan aktiviti manusia masa kini untuk melakukan penghibridan untuk bertujuan tertentu tanpa memikirkan akibat buruk yang akan berlaku pada masa akan datang .
Sekiranya perkara ini terus dilakukan tanpa kawalan adalah dibimbangi baka ikan asli tempatan akan pupus dengan cepat . Dalam industri perikanan , terutamanya ikan hiasan , penghibridan ini biasa dilakukan dengan campur tangan manusia bagi tujuan untuk menggabungkan beberapa sifat untuk mendapat ciri-ciri yang unik seperti warna yang cerah , tahan penyakit atau ciri-ciri tertentu yang dapat meningkatkan kualiti ikan hiasan itu sendiri .
Dalam industri ikan makanan pula , proses penghibridan dilakukan supaya dapat menghasilkan ciri-ciri ikan yang diharapkan seperti kadar tumbesaran yang lebih cepat , kualiti daging yang banyak , tahan penyakit , lambat matang dan daya biak yang tinggi .
Pada pendapat saya , sekiranya penghibridan ini dilakukan dengan kawalan , rekod tertentu , untuk kajian dan dijalankan oleh ahli sains yang berwibawa , ianya bukan suatu yang perlu dipertikaikan .
PENGALAMAN
Saya rasa terpanggil untuk menulis tajuk ini bila mengimbau kembali semasa mula-mula bertugas di Pusat Penyelidikan Ikan air Tawar ( PPIAT ), Batu Berendam Melaka pada tahun 1984 . Saya biasa melihat ikan Lampan Jawa ( Puntius gonionotus ) iaitu nama spesies yang biasa digunakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia pada waktu itu .
Setelah dijalankan beberapa semakan dan kajian ikan Lampam Jawa lebih tepat dikenali sebagai Barbonymus gonionotus ( Bleeker , 1850 ).
Nama saintifik bukanlah satu isu besar yang ingin saya bawakan di sini tetapi apa yang saya dapati ikan yang diternak di PPIAT agak berbeza dengan ikan Lampam Jawa yang ada sekarang .
ABANG MAT
Persoalan ini akhirnya hampir terjawab bila saya berpeluang bertemu dengan En . Muhammad Shazwan Pakharudin yang lebih selesa dikenali sebagai Abang Mat , berasal dari Malim Nawar , Perak , berbincang dan berkongsi pengalaman tentang kepelbagaian dan penghibridan ikan Lampam Jawa ini .
Beliau yang bekerja sebagai peraih ikan air tawar sepenuh masa membeli pelbagai jenis ikan seperti Tenggalan ( Puntius bulu ), Lampam Jawa ( Barbonymus gonionotus ) Kelabau ( Osteochilus melanopterus ), Kerai Kunyit ( Hyrsibarbus sp ) dan lain-lain , memasarkan ikan air tawar ke seluruh Semenanjung Malaysia .
Beliau banyak pengalaman tentang ikan air tawar . Pengalaman beliau telah dikongsikan dengan saya dan telah menjawab pelbagai persoalan yang membelenggu pemikiran saya yang telah terlibat dengan kerja penyelidikan ikan air tawar di negara ini sejak 40 tahun lalu .
Beliau sendiri mengakui bahawa ikan Lampan Jawa dahulu agak berbeza dengan apa yang ada pada masa kini terutama warna pada bahagian sirip-siripnya . Saya sendiri tidak pasti sama ada ini adalah hasil mutasi atau adanya perubahan genetik melalui proses pencerobohan baka ( introgression ).
LAMRAI
Saya lebih tertarik untuk berbincang dengan beliau tentang wujudnya ikan yang dikenali sebagai " Lamrai ", nama spesiesnya tidak diketahui . Ia dikatakan kacukan Lampam Jawa dan Kerai Kunyit . Spesies ini diternak secara meluas di banyak tempat di seluruh negara .
Menurut pemerhatian dan pengalaman Abang Mat yang melakukan pemerhatian sejak sekian lama mendapati , hasil kacukan resiprokal induk jantan dan betina berlainan spesies ini menghasilkan benih yang berlainan morfologi dan fenotip .
22 | Jun 2021 | @ pancing