@Pancing June 2021 | Page 21

“ Seperti mana memancing ikan , untuk udang Galah juga sama dari segi waktu ianya galak memakan umpan . Pada waktu ianya galak , seperti sebelum ‘ air balas ’ dan sebagainya , pemancing mestilah bersedia di spot yang dirasakan berpotensi .”
“ Seperti mana memancing ikan , untuk udang Galah juga sama dari segi waktu ianya galak memakan umpan . Pada waktu ianya galak , seperti sebelum ‘ air balas ’ dan sebagainya , pemancing mestilah bersedia di spot yang dirasakan berpotensi .”
Sepit Biru di Pahang . Teluk Intan masih ada udang saiz cantik . Jenggo dari Kuala Selangor .
potensi lebih tinggi untuk mendapatkan hasil namun perlu diingat akan faktor-faktor lain terutamanya keselamatan .
SAFETY
Bercakap tentang keselamatan , kemahiran mengendalikan sampan dengan enjin ‘ kecil ’ adalah begitu penting walaupun mungkin ada yang menganggap ianya perkara kecil . Sungai-sungai yang ‘ diterokai ’ ketika trip adalah begitu luas dan saya percaya sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini ( semoga dijauhkan ), adalah sukar untuk kita bertindak pada waktu itu .
Rata-rata sampan yang digunakan adalah panjang sekitar 14-17 kaki dengan enjin yang kurang dari 15 kuasa kuda , malah enjin di bawah 10 kuasa kuda adalah normal . Dengan muatan 2 orang pemancing atau 3 orang ( bagi saiz 17 kaki ), pengendali sampan mestilah mahir sekiranya secara tiba-tiba dilanda ribut , angin kuat atau perlu berhadapan dengan arus yang laju . Ini adalah pengalaman saya sendiri pada satu ketika dahulu .
MASA
Seperti mana memancing ikan , untuk udang Galah juga sama dari segi waktu ianya galak memakan umpan . Pada waktu ianya galak , seperti sebelum ‘ air balas ’ dan sebagainya , pemancing mestilah bersedia di spot yang dirasakan berpotensi .
Biasanya pemancing akan menunggu 15 minit ke hampir setengah jam di satu-satu spot sebelum membuat keputusan berpindah atau terus menunggu sedikit masa lagi . Spot berteluk serta spot yang tidak berarus laju , menjadi pilihan untuk berlabuh ( atau bot ditambat pada pokok ). Jika tiada sambutan di sebelah tebing sungai , anda bolehlah mencuba di kawasan tengah sedikit . Pemancing perlu mencari di mana udang berada ketika trip .
Tidak semua sampan berbumbung . Tempahan awal mestilah dilakukan jika anda ingin mencari sedikit ‘ keselesaan ’ ketika trip . Jika tidak , berpanaslah hingga petang ( bagi trip siang hari ). Oleh itu pastikan anda membawa bekalan air yang mencukupi serta
Saiz udang yang diidamkan .
Lubuk Bt . 8 Kampung Asahan , Kuala Selangor .
bekalan makanan yang cukup . Kita juga boleh membuat ' bumbung segera ' menggunakan payung kerana ramai yang membuat begitu untuk berteduh dari panas terik . Semoga kita dimurahkan rezeki ketika trip . — @ Pancing
Info Sewaan Sampan : Bt . 8 , Kg Asahan , K . Selangor : Samsul ( 012-934 8186 ) Batak Rabit , T . Intan , Perak : Pak Akob ( 013-501 5883 ) Tebing Rebak , T . Intan , Perak : Aswad ( 017-437 9044 ) Paloh Hinai , Pekan , Pahang :: Adik Ha ( 014-218 3450 )
@ pancing | Jun 2021 | 21