@Pancing June 2021 | Page 20

Memancing Udang Galah merupakan satu aktiviti yang dikatakan agak kurang publisiti . Ini mungkin kerana thrill yang berbeza , namun dari sudut pemancing terutamanya bagi peminat tegar , keasyikan memancingnya ada satu aura yang sukar diungkapkan ...

@ Udang Galah

AMIR SHAKIB M . JAFFAR | amirshakib72 @ yahoo . com

Si Sepit Biru Di Sana Sini

Memancing Udang Galah merupakan satu aktiviti yang dikatakan agak kurang publisiti . Ini mungkin kerana thrill yang berbeza , namun dari sudut pemancing terutamanya bagi peminat tegar , keasyikan memancingnya ada satu aura yang sukar diungkapkan ...

Saya bersama hasil di Teluk Intan .
Sampan yang biasanya digunakan oleh pemancing udang .

BAGI KAKI udang Galah di sekitar Lembah Klang , spot di Kuala Selangor , Teluk Intan dan Bagan Datoh adalah kawasan yang sentiasa dikunjungi atas faktor yang lokasi-lokasi ini agak dekat jika dibandingkan dengan Muar , Paloh Hinai atau Rompin yang mana ramai tahu bahawa tempat-tempat tersebut juga ialah hot spot udang Galah .

Semua kawasan yang berdekatan dengan Lembah Klang seperti yang dinyatakan di atas dipengaruhi pasang surut laut . Oleh itu pemilihan tarikh trip mestilah dibuat dengan mengambil kira fakta tersebut . Air besar adalah tidak sesuai sama sekali .
Hanya tempat-tempat tertentu sahaja tidak dipengaruhi pasang surut laut , sebagai contoh di Paloh Hinai , Pekan Pahang di mana airnya sehala sahaja . Di situ , kita boleh memancing bila-bila sahaja cuma perlu melihat keadaan air sungai sahaja ( tiada hujan yang akan menyebabkan paras air naik dan berarus laju ).
UMPAN
Ada pelbagai umpan yang digunakan ketika memancing udang Galah . Anak udang yang ditangguk di lokasi pancingan , perumpun dan cacing tanah . Anak udang biasanya umpan wajib dan cacing tanah atau pun perumpun juga berkesan dan biasanya dibawa sekali ( salah satu ) sebagai ‘ Plan B ”. Mata kail bergantung kepada potensi sesuatu tempat itu . Biasanya bermula dari saiz mata udang dari no . 2 ( besar ) hinggalah no . 5 ( kecil ).
Jika ingin memancing udang , anda mestilah mempunyai maklumat terkini berkaitan potensi tempat tersebut dari segi spot yang galak , jenis umpan dan juga lain-lain yang berkaitan .
Kebiasaannya saya suka melihat dan bertanya pada penduduk setempat pada hari trip kerana mereka lebih arif . Jika ramai orang kampung turun memancing , maka secara automatiknya kita tahu bahawa udang sedang galak .
Dalam pada itu , ramai mengatakan memancing sebelah malam mempunyai
20 | Jun 2021 | @ pancing