@Pancing June 2021 | Page 19

“ Kebiasaan durasi satu match adalah 4 ataupun 5 jam , maka selepas wisel penamat , pihak penganjur akan menimbang jumlah tangkapan setiap peserta . Daripada format asas ini boleh ditukarkan pula kepada sistem mata ataupun jumlah berat keseluruhan terutamanya bagi pertandingan yang lebih dari satu hari .”
“ Kebiasaan durasi satu match adalah 4 ataupun 5 jam , maka selepas wisel penamat , pihak penganjur akan menimbang jumlah tangkapan setiap peserta . Daripada format asas ini boleh ditukarkan pula kepada sistem mata ataupun jumlah berat keseluruhan terutamanya bagi pertandingan yang lebih dari satu hari .”
Pasukan England ketika menjuarai kejohanan dunia pancing feeder .
Stere Ringer , seorang pemancing pro yang sedang di puncak . Banyak yang saya belajar dari individu hebat ini .
Saya bersama juara dunia 4 kali , Bob Nudd . Kemungkinan besar juga Bob adalah pemancing professional sepenuh masa pertama di England .
penganjur akan menimbang jumlah tangkapan setiap peserta . Daripada format asas ini boleh ditukarkan pula kepada sistem mata ataupun jumlah berat keseluruhan terutamanya bagi pertandingan yang lebih dari satu hari .
Sebagai contoh , format Kejohanan Dunia adalah berpasukan , dan setiap negara diwakili oleh 5 orang pemancing yang akan memancing untuk 2 hari pertandingan . Setiap pemancing akan diberi mata berdasarkan jumlah berat tangkapan mereka pada kedua-dua hari pertandingan dan mata setiap negara akan dijumlahkan untuk mencari juara .
Format yang lain pula adalah seperti World Pairs Angling Championship . Ia berlangsung selama 5 hari dan secara berpasangan . Juaranya pula adalah jumlah berat tangkapan dalam kilogram sepanjang 5 hari tersebut .
Tak kisahlah sama ada mengikut mata atau berat semata-mata , berpasukan ataupun berseorangan . Apa yang penting adalah prestasi baik pemancing di dalam arena match fishing secara konsisten .
Kebiasaannya perlu bermula dari bawah seperti pertandingan pada tahap kelab , sehinggalah ke tahap liga nasional dan juga pertandingan-pertandingan berprofil tinggi seperti Feedermasters , Maver Match This , Golden Rod dan sebagainya . Dan sekiranya anda dipanggil untuk pengurus pasukan untuk mewakili negara maka ini akan membuka
Perlu pelbagaikan umpan semasa match fishing !
mata para penaja !
Persoalannya sekarang , sudahkah kita bersedia untuk menjadi pro ? Nampak macam best , nampak macam glamer , tapi perlu diingat , waktu bersama keluarga akan terkompromi , stress dan tekanan semasa pertandingan perlu ditangani dan tak lupa juga kecederaan yang akan mendatang sama seperti sukan-sukan yang lain .
Sekian sahaja muqadimahnya , insya Allah isu yang akan datang kita akan membincangkan dengan lebih lanjut beberapa taktik dalam match fishing . — @ Pancing
Artikel ini adalah pendapat peribadi dari kacamata dan pengalaman penulis . Jom ikuti keterangan lanjut berkenaan Coarse Fishing melalui FB dan IG Malaysian Coarse Fishing Association dan FB Supertackle Malaysia serta langgani video coarse fishing di dalam Bahasa Malaysia di YouTube Supertackle Malaysia . Jumpa lagi di isu hadapan !
Tommy Pickering dan Dean Barlow yang menjadi mastermind pasukan England dalam memenangi kejohanan pancingan feeder dunia .
Bergambar kenangan sebelum pertandingan World Pairs di Ireland .
@ pancing | Jun 2021 | 19