@Pancing June 2021 - Page 18

Pernahkan tuan-tuan berangan-angan untuk menjadi seorang pemancing professional ? Saya pasti ramai yang bercita-cita untuk mendapat ‘ pekerjaan idaman ’ tersebut dengan menjadikan hobi yang kita cintai ini juga sebagai satu mata pencarian .

@ Coarse Fishing

TENGKU IZZUDIN @ GUV ’ NOR | tizzudin @ gmail . com
Ikan besar atau ikan kecil , terpulang kepada taktik masing-masing dalam Match Fishing .

Pengenalan Match Fishing

Pernahkan tuan-tuan berangan-angan untuk menjadi seorang pemancing professional ? Saya pasti ramai yang bercita-cita untuk mendapat ‘ pekerjaan idaman ’ tersebut dengan menjadikan hobi yang kita cintai ini juga sebagai satu mata pencarian .

SECARA realitinya hanya sebilangan kecil pemancing sahaja yang berjaya menjadi ‘ pro ’ sepenuh masa , manakala majoritinya menjadi ‘ weekend warrior ’ sahaja . Sungguhpun begitu , tidak salah untuk anda memasang ‘ niat murni ’ untuk masa hadapan , rezeki tidak pernah salah alamat beb !

Di dalam arena coarse fishing juga tidak kurang ramai yang berhasrat untuk menandatangani kontrak bersama syarikat atau brand yang terkemuka sebagai pemancing sepenuh masa . Apakah kemungkinan untuk anda dilamar oleh syarikat-syarikat besar dunia pancing ? Apa yang saya perhatikan , pemberat utama yang dipertimbangkan oleh syarikat-syarikat ini adalah prestasi pemancing dalam Match Fishing .
HAA APA ITU MATCH FISHING ?
Nak dimudahkan cerita , match fishing ini adalah aspek pertandingan di dalam coarse fishing . Teknik yang digunakan sama sahaja sama ada berpelampung ataupun feeder , tetapi diselaraskan dengan peraturan-peraturan dan had waktu yang tertentu . Saya suka memberi analogi sesi pancingan santai berbanding match fishing umpama sesi anda berjogging santai-santai keliling taman berbanding anda berlumba dalam acara lari pecut 110m berpagar . Maka tuan-tuan boleh bayangkan betapa bezanya dari segi taktik , intensiti , peralatan , persediaan dan mentaliti .
Pendek kata , boleh bayangkan diri anda umpama seorang ahli sukan professional . Sekiranya tuan-tuan pernah terlibat dalam sukan secara serius sudah tentu tuan-tuan faham apa yang saya maksudkan . Memanglah dari jauh kita nampak kehidupan ahli sukan professional ni macam best , tapi perlu diingat , nothing is free .
Saya bersyukur dan rasa bertuah kerana dapat mengenali secara peribadi beberapa orang pemancing coarse professional yang sedang berada di puncak career mereka . Maka dapatlah mengorek sedikit rahsia kejayaan mereka .
Nombor satu yang saya perhatikan adalah komitmen mereka . Ramai yang bermula dengan mempunyai beberapa orang mentor ataupun telah melalui akademi dan program pelapis pemancing sejak dari usia muda lagi . Tidak mudah untuk ‘ istiqamah ’ dan terus bermotivasi dalam arena ini sehingga peringkat dewasa dengan pelbagai gangguan sosial terutamanya di Eropah .
Yang keduanya adalah kemahuan untuk mengasah kemahiran memancing , tidak ada jalan singkat untuk menajamkan skill menangkap ikan melainkan menjalankan latihan yang konsisten dan berterusan mengambil bahagian dalam sebanyak mungkin pertandingan untuk mendapatkan pengalaman .
Seterusnya , apa yang saya perasan tanpa keraguan adalah kadar kerja mereka yang begitu tinggi ( high work rate ). Siapa yang malas atau hanya bergantung kepada nasib untuk mendapat ikan mintak maaf laa .. memang akan kantoi separuh jalan !
FORMAT & ARENA MATCH FISHING
Format asas pertandingan dalam Match Fishing adalah jumlah berat tangkapan . Terpulang kepada taktik masing-masing sama ada ingin menyasarkan hanya beberapa ekor ikan besar ataupun beratus-ratus ikan kecil .
Kebiasaan durasi satu match adalah 4 ataupun 5 jam , maka selepas wisel penamat pihak
18 | Jun 2021 | @ pancing