@Pancing June 2021 | Page 16

Cikgu Raja bersama ikan Gerut-gerut banyak ditangkap ketika air mula menyorong surut .
Ikan Kurau juga ada jika kena masa dan arus yang cantik !
Saya bersama target utama trip , ikan Bebulus .
Ijat paling banyak menaikkan ikan Bebulus kerana tidak kenal erti penat membuat balingan dan karau .
Teknik melontar umpan dengan jauh dan kemudian umpan diseret di dasar semasa mengarau tali dengann perlahan , biasanya akan ada getuan atau sambaran mengejut daripada Bebulus .
Kalau dah syok melayan ikan Gelama , panas terik pun tidak dirasa .
Jeti Pantai Jeram , tempat anda menunggu bot ke Pulau Jemur .
Ikan Jenjulung yang berjaya dipancing dengan teknik Apollo di permukaan air menggunakan umpan udang pasar .
yang jauh , joran ‘ surfcast ’ adalah lebih praktikal . Secara umumnya , joran berkekuatan sederhana 8-17lb dengan panjang 6-7 kaki boleh digunapakai .
Penggunaan set ringan atau joran udang sudah pasti memberi impak yang besar semasa melayan tarikan ikan kecil , lebih-lebih lagi umpan disambar ikan pemangsa seperti ikan Tetanda dan Sembilang yang bersaiz kasar . Pasti syok melayannya !
Mata kail bersaiz 10 sudahpun mencukupi . Jika menggunakan udang pasar sebagai umpan , ia perlulah dipotong kecil-kecil supaya mudah dicangkuk pada mata kail . Mata kail bersaiz 1 pula sesuai digunakan untuk umpan udang hidup dan belanak .
Bagi yang membawa lebih dari satu set pancingan , penggunaan loceng adalah amat efektif sebagai penanda getuan sekiranya ada ikan yang cuba mencuit umpan anda .
JADI TUKUN
Penggunaan batu ladung gantung atau hidup adalah bergantung kepada teknik pancingan yang digunakan . Saiz batu ladung perlulah sesuai mengikut arus pasang surut air .
Antara punca mata kail tersangkut ialah disebabkan peninggalan jaring pukat tunda seperti ini .
Ketika air pasang besar , penggunaan batu ladung bersaiz besar seperti saiz 5 hingga 8 adalah disarankan supaya umpan yang disuakan tidak hanyut jauh dibawa arus . Begitu juga sebaliknya ketika air mati atau bergerak perlahan di mana batu ladung bersaiz kecil sahaja diperlukan .
Berdasarkan pemerhatian , setiap kali berkunjung ke sini akan berlaku banyak kejadian sangkut dan putus . Banyak batu ladung terkubur menjadi tukun kerana struktur dasarnya yang berbatu dan berteritip .
Oleh itu , sekiranya ingin memancing di sini , pastikan batu ladung dibawa dalam kuantiti yang banyak termasuklah mata kail dan tali perambut sebagai ‘ back-up ’ sekiranya berlaku kejadian sebegini .
ASPEK KESELAMATAN
Sebagai kaki pancing , aspek keselamatan diri wajib dititikberatkan walau memancing di mana sahaja kerana malang itu tidak berbau . Ini termasuklah pemancing yang ingin membawa ahli keluarga memancing di Pulau Jemur ini .
Keselamatan diri sendiri dan keluarga tidak
boleh diabaikan walaupun sesaat . Ini kerana arus yang amat laju di bawah pelantar termasuk batu-batu karang yang berteritip boleh membahayakan nyawa sekiranya terjatuh .
Sebaiknya , janganlah membawa anak-anak yang masih kecil lagi ke sini kerana khuatir perkara yang tidak baik berlaku dek asyik terleka memancing ikan .
SYOK MELAYAN IKAN KECIL
Memancing secara santai di sini amat menyeronokkan kerana kesemua hasil yang diperolehi bergantung kepada rezeki . Melainkan anda serius untuk menjerat ikan-ikan gred A , maka buatlah perancangan terlebih dahulu sebelum ke sini .
Bagi saya , niat untuk memancing sudahpun tertunai . Hati yang sudah lama memendam perasaan gian untuk memancing ikan berjaya dilenturkan . Apa yang penting ialah keseronokan semasa berada di Pulau Jemur bersama sahabat-handai dan keluarga ! — @ Pancing
Pertanyaan Penghantaran Pemancing Ke Pulau : 012-331 8194
16 | Jun 2021 | @ pancing