@Pancing June 2021 | Page 15

“ Sebagai kaki pancing , aspek keselamatan diri wajib dititikberatkan walau memancing di mana sahaja kerana malang itu tidak berbau . Ini termasuklah pemancing yang ingin membawa ahli keluarga memancing di Pulau Jemur ini .”
“ Sebagai kaki pancing , aspek keselamatan diri wajib dititikberatkan walau memancing di mana sahaja kerana malang itu tidak berbau . Ini termasuklah pemancing yang ingin membawa ahli keluarga memancing di Pulau Jemur ini .”
Lokasi yang sama ketika air surut habis .
Ketika air surut , di kawasan berpasir inilah menjadi lubuk ikan Bebulus kami .
kunjungan yang lepas , waktu yang sesuai untuk memancing ialah ketika air mati ataupun ketika air mula menyorong surut . Ketika air bergerak secara perlahan , banyak kumpulan ikan-ikan kecil berlegar di dasar . Bagi penggemar spesies kecil , inilah waktu yang paling sesuai memburunya .
Sekiranya ingin memburu ikan-ikan lain seperti Sembilang , Kurau , Jenahak , Siakap dan Senangin , datanglah ketika air menyorong pasang atau ketika air besar kerana ikan-ikan ini gemar bermain dengan arus .
PILIHAN UMPAN
Terdapat pelbagai jenis umpan boleh digunakan di sini . Antaranya ialah perumpun dan udang pasar . Umpan ini bukan sahaja boleh menggoda spesies ikan kecil tetapi ia juga pernah mengumpan spesies ikan saiz kasar di sini .
Kadang-kala spesies pengacau seperti ikan Duri , Belukang dan Buntal juga boleh mendominasi carta hasil tangkapan kita dengan umpan ini . Selain itu , penggunaan umpan hidup seperti udang hidup dan Belanak juga mujarab sekiranya ingin menjerat spesies pemangsa yang bersaiz kasar .
hanya RM25 seorang , pergi dan balik . Anda dinasihatkan untuk menghubungi tekong bot sehari sebelum pergi untuk mengetahui waktu yang sesuai untuk keluar dari jeti kerana bot tidak dapat keluar dari jeti sekiranya air surut .
PELBAGAI SPESIES
Di sini , anda boleh mencuba memancing di atas pelantar ataupun duduk di kawasan berbatu . Pilihan saya pastilah di atas pelantar kerana umpan tidak perlu dilontar jauh , hanya labuhkan sahaja di bawah sahaja sudah boleh menjerat ikan .
Dengan keadaan tiang yang berteritip dan dasar yang berbatu , sudah pasti banyak kum-
pulan ikan berlegar di dasarnya seperti Siakap , Kurau , Jenahak , Kerapu , Tetanda , Daun Baru , Ketuka , Gerut-gerut dan pelbagai lagi .
Namun ikan sasaran kami pada kunjungan yang lepas hanyalah spesies ikan-ikan kecil sahaja seperti Gelama dan Bebulus . Bagi penggemar spesies ikan-ikan kecil , saiz bukanlah satu ukuran , tetapi keseronokan melihat umpan sentiasa disambar tanpa henti itu yang lebih karan !
WAKTU SESUAI
Faktor pasang surut air perlu diambil kira kerana ia memberi kesan kepada hasil pancingan . Berdasarkan pemerhatian pada
Kebanyakan pemancing yang mengunjungi Pulau Jemur akan memancing di sekitar kawasan berbumbung ini .
SET PANCINGAN
Penentuan set pancing bergantung kepada jenis ikan , saiz batu ladung dan jarak balingan yang diperlukan . Jika ingin membuat balingan
@ pancing | Jun 2021 | 15